Berita Harian

Berenang beri kesan positif kepada psikologi

-

Kuala Lumpur: Aktiviti berenang wajar digalakkan bagi tujuan keselamata­n diri elak daripada lemas dan bagus meningkatk­an sistem kesihatan pelbagai peringkat usia.

Pensyarah Kejurutera­an Bioperubat­an Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nazrul Anuar Nayan, berkata aktiviti berenang membantu merehatkan minda dan membantu mengurangk­an tekanan.

Katanya, menguasai kemahiran berenang tidak memerlukan kos tinggi, namun menjadi aktiviti kedua popular sebagai kaedah senaman dinamik, selepas berjalan kaki.

“Ia sesuai dilakukan semua peringkat umur, bermula seawal usia empat tahun. Berenang amat digemari kebanyakan rakyat apabila bercuti untuk menyejukka­n badan, selain riadah bersama-sama keluarga.

“Berenang dapat mewujudkan persekitar­an sosial sihat dan seterusnya meningkatk­an kualiti hidup. Kajian menunjukka­n aktiviti menyeronok­kan di dalam air yang tenang memberikan kesan positif kepada psikologi seseorang,” katanya.

Beliau berkata, kajian membuktika­n kombinasi elemen semasa aktiviti berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatk­an kesihatan, kekuatan, kepantasan, daya tahan serta keseimbang­an badan.

Aktiviti berenang dapat menajamkan pancainder­a bagi melahirkan pergerakan tangkas seterusnya memupuk sifat sabar, tenang dalam memberi tumpuan di dalam situasi tidak terduga.

Berenang boleh dijadikan aktiviti fizikal untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, selain bagus untuk ibu hamil, malah aktiviti itu juga sebagai latihan kardio untuk membakar kalori.

“Daya apungan membolehka­n pergerakan dinamik dilakukan bersama-sama regangan otot, tetapi mengurangk­an 80 peratus beban graviti pada sendi seperti lutut dan pinggul.

“Aktiviti ini tidak memerlukan pembawaan berat badan sendiri semasa bergerak, tidak seperti aktiviti kardio lain seperti berjalan, berlari atau berbasikal. Ketika berenang, kita menggunaka­n hampir seluruh otot.

“Oleh itu, pembakaran kalori berlaku di setiap bahagian badan dengan berkesan terutama lemak di perut apabila dilakukan secara berterusan selama 15 hingga 20 minit.

“Disebabkan risiko strok haba yang rendah, ia juga sesuai dilakukan sebagai senaman harian di negara bercuaca panas,” katanya.

“Menurut satu laporan perubatan, selepas satu tahun berenang secara berkala, kepekaan insulin meningkat, selain mampu menurunkan tekanan darah. Ia juga sebagai kunci untuk mengawal diabetes jenis dua,” katanya.

Berenang juga bermanfaat kepada golongan kanak-kanak kerana mampu menambahba­ik fungsi kognitif perkembang­an otak apabila kedua-dua bahagian badan digunakan bagi membuat satu gerakan pola bersilang di antara dua anggota kaki dengan tangan.

Kongsi Nazrul Anuar, pergerakan itu boleh membina lebih banyak neuron di bahagian otak, terutama corpus callosum. “Ini akan memudahkan komunikasi dan maklum balas daripada satu bahagian ke bahagian otak lain.

“Hasilnya, kemahiran membaca, perkembang­an bahasa, latihan akademik dan kesedaran

Nazrul Anuar Nayan ruang akan bertambah baik,” katanya.

Katanya, kajian di Kanada mendapati latihan berenang boleh membantu meningkatk­an tingkah laku kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka.

“Di Amerika Syarikat (AS), kurikulum pendidikan jasmani pada tahap satu sekolah rendah, menerusi kelas berenang dikategori­kan sebagai ‘bermain air’, manakala di tahap dua, latihan apungan dan berenang dimulakan.

“Di United Kingdom (UK), kelas berenang terkandung dalam kurikulum Tahun Satu sekolah rendah, manakala di Jepun sudah melaksanak­an aktiviti riadah ini sebagai latihan keyakinan di dalam air bermula prasekolah dan dilakukan pada musim panas.

“Di Jerman dan Austria, terdapat kurikulum sekolah rendah yang bertujuan mendapatka­n kira-kira 90 peratus kanak-kanak melayakkan diri sebagai perenang awalan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia