Berita Harian

Kadar inflasi tinggi bersifat sementara

-

Kadar inflasi tinggi ketika ini akan memberikan kesan kredit yang besar, namun bersifat sementara di kebanyakan negara.

Ia berikutan langkah yang diambil oleh bank pusat untuk menurunkan kadar inflasi tahun depan dan penurunan selanjutny­a pada 2024 dengan pemulihan trend pertumbuha­n ekonomi, kata Moody’s Investors Service dalam satu laporan.

Pengarah Urusan Strategi Kredit Moody’s, Colin Ellis, berkata kadar inflasi tinggi adalah di luar kebiasaan.

“Sejak 1990, bank pusat di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan tempat lain telah memainkan peranan penting untuk mengawal inflasi.

“Kadar inflasi tinggi tahun ini akan menjejaska­n gaji sebenar, perbelanja­an dan pertumbuha­n.

“Namun, kami masih menjangkak­an kadar inflasi akan turun tahun depan jika tiada kejutan lain,” katanya.

Beliau berkata, sejak awal 1990-an inflasi di kebanyakan ekonomi utama secara relatifnya kekal rendah, memandangk­an negara terbabit membina rangka kerja yang menyasarka­n inflasi, kebiasaann­ya dengan penetapan dasar bank pusat melalui kadar faedah atau pelonggara­n kuantitati­f.

Walaupun pengalaman setiap negara berbeza, kebanyakan ekonomi maju dan pesat membangun utama sejak itu dapat membendung inflasi, hinggalah sejak baru-baru ini.

“Keberkesan­an dasar monetari adalah kunci dalam kalangan pelbagai faktor yang mempengaru­hi dinamik inflasi sesebuah negara.

“Analisis dan pemodelan kami menemui bukti bahawa dinamik inflasi di kebanyakan ekonomi Group of 20 (G-20) beralih dengan ketara apabila mereka memulakan sasaran inf lasi sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Tidak termasuk AS, negara Kesatuan Eropah (EU) dan China, ekonomi G-20 berikut melaksanak­an sasaran inflasi sejak 1990 iaitu Australia (Aaa stabil), Brazil (Ba2 stabil), Kanada (Aaa stabil), India (Baa3 stabil), Indonesia (Baa2 stabil), Jepun (A1 stabil), Korea Selatan (Aa2 stabil), Mexico (Baa1 negatif), Russia, Afrika Selatan (Ba2 stabil), Turki (B2 negatif) dan United Kingdom (Aa3 stabil).

Kadar inflasi tinggi tahun ini akan menjejaska­n gaji sebenar, perbelanja­an dan pertumbuha­n. Namun, kami masih menjangkak­an kadar inflasi akan turun tahun depan jika tiada kejutan lain

Colin Ellis,

Pengarah Urusan Strategi Kred Moody’s

Arab Saudi (A1 stabil) mengekalka­n tambatan mata wang terhadap dolar.

Argentina (Ca stabil) dengan sasaran inflasi bermula pada 2016 dan berakhir 25 bulan kemudian pada 2018.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kadar inflasi tinggi akan membebanka­n kos sara hidup rakyat.
(Foto hiasan) Kadar inflasi tinggi akan membebanka­n kos sara hidup rakyat.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia