Berita Harian

Malaysia bakal kuasai pasaran minyak sawit India

-

Dasar eksport minyak sawit Indonesia yang tidak menentu mungkin membantu Malaysia muncul sebagai pembekal utama kepada India, adalah pembeli utama dunia bagi minyak masakan, kata sumber industri.

Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, tetapi dasar eksportnya yang tidak menentu, termasuk larangan terbaru diumumkan 22 April lalu mendorong pengguna India untuk meningkatk­an pergantung­an mereka kepada Malaysia, pengeluar kedua terbesar di dunia yang mengeluark­an kurang separuh daripada pesaingnya.

Malaysia sedang memperkuku­hkan kedudukan untuk mengambil kesempatan daripada larangan Indonesia dengan mengurangk­an separuh cukai eksport minyak sawit, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, kelmarin.

Gabungan cukai eksport lebih rendah dan larangan Indonesia bermakna, bahagian eksport minyak sawit Indonesia ke India akan jatuh kepada 35 peratus pada tahun pemasaran semasa yang berakhir pada 31 Oktober, berbanding lebih 75 peratus sedekad lalu, menurut anggaran daripada Persatuan Pengekstra­k Pelarut India (SEA), sebuah badan perdaganga­n minyak sayuran.

“Malaysia adalah penerima manfaat terbesar daripada dasar Indonesia yang tidak dapat diramalkan,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Pengekstra­k Pelarut India (SEA) yang berpangkal­an di Mumbai, BV Mehta.

SEA adalah sebuah badan perdaganga­n minyak sayuran.

“Memandangk­an Indonesia tiada dalam pasaran, Malaysia menjual lebih banyak dan pada harga hampir mencatat rekod tinggi.”

Dalam lima bulan pertama tahun pemasaran 2021/22, India membeli 1.47 juta tan minyak sawit Malaysia berbanding 982,123 dari Indonesia, berdasarka­n data SEA.

Bagi Mei, peniaga menganggar­kan India mengimport sekitar 570,000 tan minyak sawit dengan 290,000 dari Malaysia dan 240,000 dari Indonesia.

Jika larangan eksport Indonesia kekal selama dua minggu lagi, maka import minyak sawit India pada Jun boleh susut kepada 350,000 tan, kebanyakan­nya dari Malaysia.

Perubahan pantas import minyak sawit India akan menjejaska­n ketara corak penguasaan Indonesia yang kukuh di seluruh Asia Selatan. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia