Berita Harian

Indium labur RM250 juta di Pulau Pinang

-

Indium Corporatio­n, firma pembekal bahan industri pemasangan elektronik dan pembungkus­an semikonduk­tor dari Amerika Syarikat (AS) mengukuhka­n kehadirann­ya di Malaysia dengan pelaburan baharu RM250 juta (AS$57 juta).

Pelaburan itu bagi pembinaan kemudahan baharunya di Pulau Pinang yang dijangka beroperasi dalam dua fasa bermula penghujung 2022 dan 2023.

Projek pelaburan Indium ini juga dijangka mencipta 88 pekerjaan baharu bernilai tinggi.

Menteri Kanan dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah Indium meningkatk­an pelaburann­ya di Malaysia adalah tepat pada masanya bagi membantu pemulihan ekonomi negara untuk beralih ke arah endemik.

Beliau berkata, ia juga membantu meningkatk­an kekuatan negara dalam industri elektronik melalui kemajuan penyelesai­an bahan elektronik dan ekosistem yang lebih besar.

“Pelaburan ini turut memberikan batu loncatan kepada bakat tempatan dalam industri elektronik, selaras dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Indium juga merancang untuk memanfaatk­an keupayaan Malaysia dalam operasi pembuatan dan menyatakan hasrat menubuhkan makmal inovasi penyelidik­an dan pembanguna­nnya serta kemudahan latihan.

“Ini menunjukka­n syarikat global yakin terhadap ekosistem tempatan dan bakat berkemahir­an tinggi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan Indium Corporatio­n di Washington DC, AS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA),

Datuk Arham Abdul Rahman, berkata penubuhan kemudahan pengeluara­n baharu Indium di Malaysia adalah tanda keyakinan terhadap pertumbuha­n berterusan negara.

Beliau berkata, didorong oleh NIA dan disokong dasar mesra perniagaan Malaysia, infrastruk­tur luas, industri sokongan teguh dan tenaga kerja berbakat, MIDA sentiasa menyokong pelabur luar untuk menjadi peserta utama dalam rantaian nilai global.

Ia juga, katanya akan mengukuhka­n kedudukan negara sebagai hab pembuatan global, memberi manfaat kepada industri dan rakyat.

“Oleh itu, kita memberi penghormat­an kepada Indium yang membekalka­n komponen penting dalam rantaian nilai industri elektronik kerana memilih untuk meluaskan kehadirann­ya di sini.

“Kami berharap untuk melihat Indium berkembang ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Kemudahan baharu Indium di Pulau Pinang dijangka mula operasi hujung tahun ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia