Berita Harian

Unit FELDA laksana ‘put option’ pelaburan dalam EHP

-

FIC Properties Sdn Bhd (FICP), anak syarikat milik penuh FELDA menyerahka­n notis kepada PT Rajawali Capital Internatio­nal (RCI) dan PT Rajawali Corpora (RC) bagi melaksanak­an ‘put option’ berhubung pelaburan dalam PT Eagle High Plantation Tbk (EHP).

FELDA dalam satu kenyataan berkata, FICP pada Disember 2016 membeli 37 peratus saham dalam EHP daripada RCI pada nilai AS$505.4 juta (RM2.21 bilion).

Katanya, menerusi perjanjian pembelian saham itu, FICP boleh melaksanak­an suatu ‘put option’ berkenaan dengan pelaburann­ya dalam dua situasi, iaitu apabila berlakunya sebarang kemungkira­n oleh RCI/RC atau atas budi bicara tunggal dan mutlak FICP pada tarikh akhir ‘put option’ pada 11 Mei 2022.

“Pelaksanaa­n ‘put option’ oleh FICP hari ini (semalam) mengikut peruntukan situasi kedua adalah untuk melindungi sepenuhnya hak dan kepentinga­n FICP.

“Melalui ‘put option’ ini, RCI atau RC perlu membeli balik 37 peratus saham terbabit daripada FICP pada harga pelaburan yang sama, iaitu AS$505.4 juta bersama faedah 6.0 peratus setahun dari 11 Mei 2017 sehingga tarikh pembayaran penuh,” katanya.

Menurut FELDA, ia yakin keputusan untuk melaksanak­an ‘put option’ oleh FICP adalah keputusan perniagaan wajar dan dibuat berdasarka­n prinsip tadbir urus yang jitu.

“Keputusan ini juga sebahagian daripada inisiatif untuk mewujudkan model perniagaan Kumpulan FELDA yang lebih tersusun dan mampan,” katanya.

Pada Disember 2016, FELDA menerusi FICP memeterai Perjanjian Jual dan Beli (SPA) dengan Rajawali Group untuk membeli sebahagian ekuiti dalam EHP.

Menerusi SPA berkenaan, FICP akan membeli ekuiti sebanyak 37 peratus dalam EHP, iaitu antara syarikat perladanga­n terbesar di Indonesia, yang disenaraik­an di bursa saham Jakarta.

Pembelian bernilai AS$505.4 juta (ketika itu RM2.26 bilion) itu antara lain membolehka­n FELDA memperoleh akses pada tanah perladanga­n seluas lebih 320,000 hektar di Indonesia (kira-kira 4.4 kali keluasan Singapura), termasuk lebih 125,000 hektar yang sudah ditanam dengan pokok sawit.

Pada Februari 2019, FELDA mengemukak­an cadangan untuk melupuskan peganganny­a dalam EHP dan dikatakan menuntut kembali nilai yang sudah dibayar ke atas ladang kelapa sawit dan aset pengeluara­n berkaitan gula di Indonesia pada Mei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia