Berita Harian

Harga bahan binaan naik 3.6 peratus

-

Harga bahan binaan di Malaysia meningkat antara 0.1 peratus hingga 3.6 peratus pada April 2022.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) (tanpa bar keluli & termasuk bar keluli) bagi semua kategori bangunan meningkat antara 0.1 dan 3.6 peratus bagi Malaysia.

Katanya, peningkata­n bagi Semenanjun­g antara 0.6 hingga 3.4 peratus, Sabah antara 0.1 hingga 2.4 peratus dan Sarawak di antara 0.8 hingga 3.6 peratus.

“IKB tanpa bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjun­g meningkat antara 0.9 dan 3.4 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“Kategori bangunan yang merekodkan peningkata­n tertinggi ialah bangunan konkrit bertetulan­g (K.T.) dua hingga empat tingkat (berbumbung rata) di Terengganu dan Kelantan.

“Sementara itu, IKB tanpa bar keluli di Sabah dan Sarawak meningkat antara 0.3 dan 3.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan. Kategori bangunan dengan peningkata­n tertinggi di Sabah dan Sarawak adalah kerangka besi satu Tingkat (menara sahaja) di Kota Kinabalu dan bangunan kayu di Kuching,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Uzir, IKB dengan bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak meningkat di antara 0.1 dan 3.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“Kategori bangunan yang merekodkan peningkata­n tertinggi di Semenanjun­g ialah Bangunan (KT) dua hingga empat tingkat (berbumbung rata) dan bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan dengan 3.1 peratus, Kota Kinabalu di Sabah dengan 2.4 peratus bagi kerangka besi satu tingkat (menara sahaja) dan bangunan kayu di Kuching dengan 3.6 peratus.

“Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan ‘mycon 60 high tensile deformed bars’ meningkat 2.3 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

“Peningkata­n tertinggi bagi besi direkodkan di Sarawak (3.8 peratus) dan diikuti oleh Kelantan, Terengganu dan Pahang sebanyak 2.4 peratus,” katanya.

Beliau berkata, harga bagi hampir semua bahan binaan seperti simen, keluli, batu baur, pasir, batu bata & dinding, bahan bumbung dan bahan siling meningkat pada April 2022.

“Laporan Persatuan Keluli Dunia menyatakan pengeluara­n keluli mentah dunia bagi 64 negara adalah 161 juta tan pada Mac 2022 dengan penurunan 5.8 peratus berbanding Mac 2021.

“Pengeluara­n keluli mentah global adalah sebanyak 456.6 juta tan dalam tempoh tiga bulan pertama pada 2022 dengan penurunan 6.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

“Manakala, pengeluara­n keluli Asia dan Oceania adalah 331.3 juta tan keluli mentah pada suku pertama 2022 dengan penurunan 7.8 peratus pada suku pertama 2021,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia