Berita Harian

Dagangan sesi pagi berakhir tinggi

-

Prestasi pasaran serantau lebih baik, FBM KLCI naik 2.32 mata

Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi pada Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran serantau yang sedikit lebih baik walaupun wujud turun naik yang ketara, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.32 mata kepada 1,556.90 daripada 1,554.58 ketika ditutup kelmarin.

Indeks barometer itu dibuka 0.9 mata lebih tinggi kepada 1,555.48 sebelum bergerak di antara 1,554.48 dengan 1,558.95 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 374 berbanding 365, manakala 404 kaunter tidak berubah, 1,100 kaunter tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.41 bilion unit bernilai RM739.01 juta.

Menurut Public Investment Bank Bhd, pelabur mempertimb­angkan kelebihan membeli semasa pasaran mengalami penurunan berbanding peningkata­n berhati-hati terhadap unjuran pasaran global.

Ketika laporan ini ditulis, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.18 peratus kepada 26,215.42; Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 1.72 peratus kepada 19,971.18, manakala Indeks Straits Time Singapura turun 0.58 peratus kepada 3,215.53.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Maybank menokok lapan sen kepada RM9.08, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing meningkat satu sen kepada RM4.65 dan RM6.44, manakala Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM9.87.

Bagi saham aktif, CSH Alliance naik satu sen kepada 12.5 sen, Serba Dinamik turun satu sen kepada 6.5 sen, Techna-x dan

Widad masing-masing naik setengah sen kepada 12 sen dan 36.5 sen, dan MYEG turun satu sen kepada 89 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 14.43 mata kepada 11,124.89; Indeks FBMT 100 naik 13.84 mata kepada 10,801.33; Indeks FBM Emas Syariah menambah 11.31 mata kepada 11,559.85; FBM ACE menokok 12.79 mata kepada 5,385.87 dan FBM 70 meningkat 7.91 mata kepada 13,309.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menambah 27.21 mata kepada 16,687.65; Indeks Barangan dan Perkhidmat­an

FBM KLCI meningkat 2.32 mata kepada 1,556.90 daripada 1,554.58 ketika ditutup kelmarin.

Perindustr­ian naik 0.03 mata kepada 197.19 dan Indeks Perladanga­n menokok 93.44 mata kepada 8,239.54. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia