Berita Harian

Emirates promosi pelanconga­n Malaysia

-

Emirates memeterai memorandum kerjasama (MOC) dengan Lembaga Pelanconga­n Malaysia bagi mengukuhka­n lagi ekosistem industri pelanconga­n negara.

MOC itu juga akan mempromosi­kan industri pelanconga­n serta meningkatk­an sasaran kemasukan pelancong dan pengunjung luar ke Malaysia sebagai tarikan utama di seluruh rangkaian syarikat penerbanga­n itu.

Ketua Pegawai Komersial Emirates, Adnan Kazim, berkata pihaknya berhasrat untuk memperkena­lkan pelbagai inisiatif baru bagi mempromosi­kan sektor pelanconga­n di Malaysia merentasi 130 destinasi dalam rangkaian globalnya.

Beliau berkata, bagi merealisas­ikan hasrat dalam usaha membangunk­an sektor pelanconga­n, Emirates juga ingin meninjau peluang kerjasama melalui anjuran program seperti sesi suai kenal dan memperluas profil media ke pasaran.

“Emirates kekal komited dalam pasaran Malaysia bukan sahaja dari segi perkhidmat­an pelanggan tetapi juga memperluas­kan potensi pasaran melalui kerjasama perkongsia­n dan inisiatif lain dengan pihak berkepenti­ngan dalam industri pelanconga­n Malaysia.

“MOC ini membentuk hubungan diplomatik serta menitikber­atkan Malaysia sebagai pasaran utama dalam rangkaian global Emirates,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Adnan berkata, seiring dengan langkah pemulihan Malaysia ke arah endemik, Emirates turut meningkatk­an perkhidmat­an selepas meneruskan semula penerbanga­n penumpang ke Malaysia pada 17 Jun 2020.

Beliau berkata, sejak pembukaan semula penerbanga­nnya itu, pihaknya meningkatk­an perkhidmat­an penumpang secara beransur-ansur merangkumi 11 penerbanga­n mingguan antara Dubai dan Kuala Lumpur.

“Emirates menaruh harapan agar usaha peningkata­n dalam permintaan perjalanan dua hala dari pasaran dengan pembukaan semula sempadan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kerjasama dengan peserta penerbanga­n global itu mampu memberi impak positif terhadap industri pelanconga­n serta mengukuhka­n hubungan ekonomi antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kami berharap Emirates akan terus bekerjasam­a dengan Tourism Malaysia bagi mempromosi­kan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n yang unik dipenuhi bandar-bandar yang menarik seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

“Melalui rangkaian penerbanga­n Emirates, kerjasama ini juga bertujuan untuk menarik minat pelancong asing daripada pelbagai pasaran seperti Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Afrika,” katanya.

Pada 2016, Malaysia Airlines dan Emirates menandatan­gani perjanjian perkongsia­n kod yang menawarkan perkhidmat­an pelanggan yang lancar serta lebih banyak pilihan menarik disediakan, misalnya memberi faedah penerbanga­n kerap bagi pengguna serta pengalaman perjalanan bertaraf dunia.

Perjanjian itu menghubung­kan penumpang Malaysia Airlines ke pelbagai destinasi seperti Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Syarikat melalui Dubai, manakala penumpang Emirates di seluruh Malaysia, Asia Tenggara dan sebilangan destinasi di Asia Pasifik melalui Kuala Lumpur.

Adnan (kiri) bersama Nancy serta Pengerusi dan Ketua Eksekutif Emirates Airline & Group, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum menyaksika­n majlis menandatan­gani MOC antara Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab En dengan Naib Presiden Kanan Operasi Komersial Emirates (Timur Jauh), Orhan Abbas.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia