Berita Harian

China beri amaran kepada kapal perang AS

-

Colombo:

Shanghai/taipei: Tentera China semalam memaklumka­n pihaknya memantau dan memberi amaran kepada kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang belayar menerusi Selat Taiwan, tidak lama selepas China menjalani latihan ketenteraa­n berhampira­n Taiwan.

Pusat Operasi Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata, tenteranya memantau pergerakan kapal perang AS itu sepanjang perjalanan serta memberikan ‘amaran’ kepadanya.

“AS kerap melakukan drama seumpamany­a dan cuba mencetus masalah, menghantar mesej salah kepada tentera Taiwan serta dengan sengaja memburukka­n ketegangan di Selat Taiwan.

“Pasukan Pusat Operasi Timur sentiasa berwaspada pada tahap tertinggi setiap masa, membalas setiap ancaman dan provokasi serta mempertaha­nkan kedaulatan negara dan integriti wilayah secara tegas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Armada Ke-7 Tentera Laut AS memberitah­u, kapal perang peluru berpandu USS Port Royal

itu menjalanka­n transit ‘rutin’ di Selat Taiwan menerusi perairan antarabang­sa, selaras undang-undang antarabang­sa kelmarin iaitu misi kedua seumpamany­a dalam tempoh dua minggu.

AS melaksanak­an perjalanan seumpamany­a kira-kira sebulan sekali, namun mencetuska­n kemarahan China yang melihat tindakan itu sebagai menyokong Taiwan, negara demokrasi yang dituntut Beijing sebagai sebahagian wilayahnya.

Tentera Laut AS berkata, kapal perang itu melakukan transit menerusi satu koridor di Selat Taiwan yang berada jauh dari wilayah perairan manamana negara.

“Tindakan Port Royal melaksanak­an transit menerusi Selat Taiwan, menggambar­kan komitmen AS terhadap Indopasifi­k yang bebas dan terbuka,” katanya.

Kementeria­n Pertahanan Taiwan pula memaklumka­n, kapal AS belayar ke utara menerusi selat itu dan menyifatka­n situasi di perairan itu sebagai ‘normal’. REUTERS

Tentera turut menggunaka­n kereta perisai berdepan dengan perusuh di jalan utama Colombo, semalam.

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia