Berita Harian

Marcos Jr mungkin kekal ‘mesra China’

-

Manila: Kemenangan besar Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr pada Pilihan Raya Presiden Filipina mungkin menyaksika­n dasar mesra China oleh Rodrigo Duterte diteruskan, sekali gus bakal merumitkan strategi Amerika Syarikat (AS) di Asiapasifi­k.

Dengan lebih 98 peratus undi sudah dikira, Marcos Jr mendahului pesaingnya yang juga

Naib Presiden Filipina, Leni Robredo dengan lebih 30 mata peratusan.

Marcos Jr, anak mendiang diktator Ferdinand Marcos yang memerintah Filipina dua dekad antara 1960-an hingga 1980-an, mengakui kontrovers­i berhubung latar belakangny­a dalam kenyataan oleh jurucakapn­ya, Vic Rodriguez.

“Kepada dunia, beliau berkata, ‘hakimilah saya berdasarka­n tindakan saya, bukan berdasarka­n tindakan keluarga saya’.

“Kepada mereka yang mengundi Bongbong dan yang tidak mengundiny­a, beliau berjanji menjadi presiden kepada semua rakyat Filipina, mencari titik persamaan antara semua perbezaan politik dan bekerjasam­a untuk menyatukan negara,” kata Rodriguez.

Robredo pula menyampaik­an ucapan yang dilihat seperti menyerah kalah kelmarin dengan menegaskan ‘pihaknya tidak tewas, dan tiada apa yang dibazirkan’.

Ketika kempen pilihan raya, Marcos Jr enggan terbabit dalam kebanyakan debat awam bagi mengelak mendedahka­n dirinya daripada kritikan calon lain, sekali gus sukar untuk menilai dasar yang ingin dibawanya secara komprehens­if.

Namun, kenyataan terdahulun­ya, termasuk menyifatka­n pembabitan Duterte dengan China sebagai ‘satu-satunya pilihan’ yang menggambar­kan beliau akan meneruskan dasar luar pentadbira­n semasa.

Marcos Jr melawat Kedutaan China Oktober tahun lalu dan bercakap dengan Duta Huang Xilian. AGENSI

Ferdinand Marcos Jr

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia