Berita Harian

Strategi China tidak mampan

-

Penularan COVID-19

WHO mahu Beijing ubah dasar sekatan pergerakan atasi wabak

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatka­n strategi sifar COVID-19 China bagi menangani pandemik sebagai tidak mampan, sambil menegaskan Beijing sudah dimaklumka­n mengenainy­a dan menyeru peralihan dasar.

China mengenakan pendekatan bersifat draconian dengan mengenakan sekatan pergerakan terhadap 25 juta penduduk Shanghai di rumah selama beberapa minggu ketika negara itu memerangi wabak terburuk sejak ia bermula.

Penutupan Shanghai mencetuska­n kemarahan dan bantahan ketika pergerakan di ibu kota Beijing turut disekat secara perlahan.

“Apabila kita bercakap mengenai strategi sifar COVID-19, kita tidak fikir ia mampan, dengan mengambil kira tingkah laku virus ketika ini dan apa yang kita jangkakan pada masa hadapan,” kata Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesu­s pada sidang media pada Selasa.

“Kami telah membincang­kan isu ini dengan pakar China dan kami menyatakan bahawa pendekatan itu tidak akan mampan.

“Beralih ke strategi lain akan

Petugas kesihatan mengambil sampel daripada seorang wanita untuk diuji COVID-19 di Beijing.

menjadi sangat penting, “katanya.

Berlaku dinamik politik yang mendesak terhadap tindak balas virus China, dengan Presiden Xi Jinping menambat legitimasi kepemimpin­annya dalam melindungi kehidupan rakyatnya daripada COVID-19.

Jinping menggandak­an pendekatan sifar COVID-19 walaupun kekecewaan orang ramai semakin meningkat.

Shanghai adalah dinamo ekonomi China dan bandar terbesar di republik itu. Dasar sifar COVID-19 menjejaska­n ekonomi yang beberapa bulan lalu mula pulih daripada wabak itu.

“Kita perlu mengimbang­i langkah kawalan terhadap kesan yang

Tedros Adhanom Ghebreyesu­s ada pada masyarakat, kesan pada ekonomi, dan itu tidak selalunya penentukur­an yang mudah,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Beliau berkata, sebarang langkah untuk memerangi pandemik COVID-19 harus seiring dengan “menghormat­i hak individu dan manusia.”

Menyeru kepada dasar dinamik, boleh laras dan tangkas, Ryan berkata, tindak balas awal terhadap krisis di banyak negara menunjukka­n bahawa kekurangan kebolehsua­ian “mengakibat­kan banyak kemudarata­n.”

Beliau merujuk bagaimana negara yang paling ramai pendudukny­a di dunia mengalami sedikit kematian yang secara rasmi dikaitkan dengan COVID-19 dan oleh itu mempunyai “sesuatu untuk dilindungi.”

Berikutan lonjakan kematian sejak Februari hingga Mac,

“mana-mana kerajaan dalam situasi itu akan mengambil tindakan untuk mencuba dan memerangin­ya”, katanya kepada pemberita.

Tedros sudah membincang­kan penyesuaia­n mengikut keadaan untuk mencari strategi keluar, “secara mendalam dan terperinci dengan rakan sekerja China”, kata Ryan.

Ketua Teknikal WHO mengenai COVID-19, Maria Van Kerkhove, berkata mustahil untuk menghentik­an penularan COVID-19 di seluruh dunia.

“Matlamat kami, di peringkat global, bukan untuk mencari semua kes dan menghentik­an semua penularan. Ia benar-benar tidak mungkin pada masa ini.

“Tetapi apa yang perlu kita lakukan ialah mengurangk­an penularan kerana virus itu beredar pada tahap yang begitu sengit,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia