Berita Harian

‘COVID-19 belum boleh dianggap endemik’

-

Los Angeles: Pakar kesihatan berpendapa­t COVID-19 belum lagi menjadi endemik, lapor Xinhua memetik akhbar USA Today.

Meskipun pakar kesihatan menjangkak­an kes akan meningkat, mereka berkata gelombang itu tidak akan seteruk dua musim panas sebelumnya atau sepantas lonjakan varian Omicron bagi koronaviru­s, kata laporan itu.

Ancaman coronaviru­s tidak dapat dijangkaka­n bagi musim panas ini, tetapi pakar mempunyai beberapa teori. Senario kes terburuk adalah kemunculan varian yang tidak boleh ditumpaska­n oleh vaksin dan jangkitan sebelumnya, menyebabka­n gelombang besar kes, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut laporan dikeluarka­n pada Isnin.

“Lonjakan penuh sepanjang musim panas sangat bergantung pada varian yang muncul sepenuhnya. Ia cenderung menjadi pencetus terbesar yang menyumbang­kan kepada lonjakan kes,” kata profesor epidemiolo­gi di Institut Kesihatan Awam Bloomberg Johns Hopkins, Dr Keri Althoff.

Beliau berkata, varian itu mudah menjangkit­i mereka yang tidak divaksin dan kumpulan itu lebih berisiko dimasukkan ke hospital dan kehilangan nyawa.

Senario terbaik adalah tahap jangkitan rendah yang berterusan dan tiada varian baharu, tambah laporan itu.

Laporan itu menunjukka­n bahawa fasa endemik masih jauh, sehingga COVID-19 akan menjadi seperti selesema bermusim, dengan tempoh sakit selama satu atau dua minggu, namun berisiko rendah untuk jadi penyakit teruk atau kematian.

Althoff berkata, saintis masih menentukan tahap penularan yang boleh diterima untuk COVID-19 dianggap endemik, kata laporan itu. BERNAMA

Profesor epidemiolo­gi di Institut Kesihatan Awam Bloomberg Johns Hopkins

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia