Berita Harian

Tentera rampas semula 4 penempatan di Kharkiv

-

Kharkiv: Ukraine memaklumka­n tenteranya merampas semula beberapa perkampung­an yang ditawan tentera Russia di utara dan timur laut bandar Kharkiv.

Kejayaan itu terhasil serangan balas dilancarka­n tentera Ukraine, yang dilihat berpotensi mengubah momentum peperangan berkenaan dan menjejaska­n kemajuan utama Russia.

Pegawai media pasukan utama tentera Ukraine di Kharkiv, Tetiana Apatchenko, berkata tentera Ukraine merampas kembali empat penempatan di utara bandar kedua terbesar di Ukraine itu sejak beberapa hari lalu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata kejayaan itu mendesak tentera Russia secara perlahan-lahan untuk keluar dari Kharkiv, yang dilanda pengeboman sejak bermulanya perang itu.

“Saya juga mahu menggesa rakyat kita untuk tidak terlalu gembira. Kita tidak seharusnya mencipta suasana tekanan moral berlebihan, hingga kejayaan diharapkan berlaku setiap minggu atau setiap hari,” katanya dalam satu ucapan menerusi video.

Di Washington, pegawai perisikan kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, kedua-dua pihak dalam perang itu kini kebuntuan.

Pengarah Perisikan Kebangsaan AS, Avril Haines, berkata Presiden Russia, Vladimir Putin dilihat sedang bersedia untuk tempoh konflik yang panjang, dan kejayaan Russia di wilayah Donbas di timur Ukraine dijangka tidak akan menamatkan perang itu.

Namun, serangan balas berhampira­n Kharkiv mungkin membawa perang itu ke fasa baharu, dengan Ukraine kini mula menyerang selepas beberapa minggu berdepan asakan serangan besar-besaran Russia.

Menerusi kejayaan mendesak tentera Russia yang menguasai Kharkiv sejak awal penceroboh­an, Ukraine kini berada dalam kedudukan yang semakin hampir untuk menyerang talian bekalan yang menjadi pasukan sokongan tentera Russia.

“Tentera Ukraine semakin hampir dengan sempadan Russia. Semua kejayaan Russia sebelum ini di timur laut Ukraine semakin hilang,” kata Neil Melvin daripada kumpulan pemikir RUSI di London. REUTERS

Pemandanga­n menunjukka­n bandar Mariupol pada 10 Mei 2022, di tengah-tengah tindakan ketenteraa­n Russia yang berterusan di Ukraine.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia