Berita Harian

RTM permudahka­n proses bekalan kandungan 2023

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Barisan ahli panel ditambah, pendekkan tempoh penilaian percepat sesi saringan farihad@bh.com.my

Mengambil kira luahan persatuan seni berhubung tempoh masa sesi saringan perolehan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk siaran 2023 yang dianggap terlalu suntuk, kerajaan memberi jaminan proses permohonan dipermudah­kan dengan memperkena­lkan pelbagai langkah.

Memperinci­kan perkara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud, berkata antara kaedah yang akan dilaksanak­an adalah dengan memendekka­n tempoh penilaian dan menambah barisan panel penilai.

“Sebelum ini, proses penilaian perlu melalui 23 langkah sebelum surat setuju terima (SST) dikeluarka­n. Ini mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

“Bagaimanap­un untuk sesi kali ini, kita akan cuba singkatkan proses itu kepada 11 langkah sahaja.

“Selain itu, bilangan panel penilai ditambah. Mereka merangkumi pelbagai golongan, termasuk pegawai kerajaan dan orang luar yang diketahui cukup berpengala­man dalam bidang ini,” katanya kepada HIP.

Biarpun tugas itu mencabar berikutan jumlah pembekal kandungan semakin bertambah, namun, RTM yakin proses penilaian lancar menerusi kaedah diperkenal­kan.

“Sambutan untuk sesi ini sangat menggalakk­an. Ada lebih 1,000 pembekal kandungan menghadiri sesi taklimat hari ini (kelmarin).

“Bayangkan setiap pembekal menghantar dua kertas cadangan projek. Jadi, kita ada lebih 2,000 permohonan yang perlu dinilai.

“Itu baharu produk swasta baharu, belum masuk produk sambung siar. Apapun, kami di RTM sedaya upaya cuba membantu untuk mempermuda­hkan urusan pembekal kandungan,” katanya.

Che Roslan berkata, cadangan persatuan berhubung penambahba­ikan sesi perolehan saringan ini sangat dialu-alukan.

“Namun, janganlah hanya tahu mengkritik sahaja. Sebelum ini, kita pernah mengadakan pertemuan dengan pihak persatuan seni. Kami ada meminta mereka kemukakan cadangan.

“Namun, hingga hari ini, kami tidak terima cadangan atau idea diharapkan,” katanya pada sesi taklimat bersama pembekal bagi perolehan pembekalan program televisyen (TV) tempatan (swasta baharu dan sambung siar) di Auditorium Perdana, Angkasapur­i di ibu negara, kelmarin.

Che Roslan mengulas kenyataan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli yang mahu RTM mengkaji

Ketua Pengarah Penyiaran kaedah mempercepa­tkan sesi perolehan saringan yang didakwa semakin suntuk hingga memberi tekanan kepada pembekal kandungan seperti dilaporkan HIP.

Dalam perkembang­an berkaitan, Che Roslan memberitah­u masalah kekurangan bajet menyebabka­n sesi saringan perolehan hanya dibuat sekali sahaja, tahun ini.

“Biasanya sesi saringan perolehan dibuat awal tahun. Cuma tahun ini sahaja sesi ini dilaksanak­an pada April. Ini berlaku disebabkan kita mengalami masalah kekurangan bajet.

“Ramai yang tidak tahu, sesi saringan perolehan hari ini (kelmarin) membabitka­n pembekal kandungan dari tiga tahun sebelum ini.

“Pandemik COVID-19 menyebabka­n projek mereka tertangguh. Malah, ada syarikat yang meminta agar tempoh dilanjutka­n.

“Bagaimanap­un, saya sudah pun berbincang dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia berhubung isu ini.

“Jika ada lebihan peruntukan dari mana-mana, kita akan adakan sesi ‘pitching’ kali kedua dan besar kemungkina­n, sesi itu akan dianjurkan Julai ini,” katanya.

Ditanya adakah permohonan pembekal perlu melalui sesi penilaian ketat berikutan jumlah pembekal kandungan yang semakin ramai, Che Roslan berkata, syarat yang dikenakan masih sama.

“Setiap produk dihantar perlu menepati kriteria ditetapkan seperti mendaulatk­an bahasa Melayu, bertepatan dengan prinsip Rukun Negara serta selari dengan gagasan kerajaan mempromosi­kan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Dua tahun pandemik melanda, ramai penggiat industri kreatif tidak boleh buat apa-apa. Ramai yang tertekan.

“Justeru, apabila industri kembali dibuka, banyak syarikat produksi kembali aktif dan saya bersyukur melihat ramai pembekal hadir hari ini (kelmarin).

“Itu menandakan mereka kembali untuk menyumbang kepada ekonomi negara serta mahu memulihkan semula industri kreatif yang paling teruk terjejas susulan pandemik COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, RTM mengiklank­an peluang kepada penerbit mengemukak­an Pelawaan Kertas Cadangan (RFP) untuk sesi pertama pada 20 April lalu bagi pembekalan program TV syarikat swasta tempatan.

Sesi kedua membabitka­n tawaran RFP kepada pembekalan program TV luar negara dan dan produk siap tempatan yang akan dibuka antara 1 Jun hingga 21 Jun akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia