Berita Harian

Normah lega kakak di ICU beri tindak balas positif

-

Pelakon Normah Damanhuri lega berpeluang menziarah kakaknya, pelakon Aripah Damanhuri, 73, yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Normah, 68, memberitah­u, kunjungan itu adalah yang pertama sejak Aripah ditidurkan di unit kecemasan HKL lebih dua minggu lalu.

“Sebelum ini, hanya anakanak kakak yang dibenarkan melawat. Semua perkembang­an terkini kakak dimaklumka­n anaknya.

“Baru semalam (kelmarin) hospital memberi kebenaran kepada anggota keluarga lain untuk datang menziarah.

“Semasa menziarah, saya ada bersembang dengannya. Walaupun masih belum mampu bercakap dan dalam keadaan lemah, dia tetap menunjukka­n tindak balas,” katanya kepada HIP.

Bersikap positif dan yakin masih ada peluang untuk kakak kesayangan­nya itu sembuh, pelakon filem Langit Cinta ini memohon semua pihak menitipkan doa buat kesejahter­aan Aripah.

“Ketika ini, saya hanya mengharapk­an keajaiban dan doa daripada semua pihak supaya kakak segera sembuh.

“Saya ada bertanya kepada jururawat mengenai keadaan Aripah. Mereka meyakinkan masih ada harapan untuk dia kembali pulih.

“Sebaik sahaja mendengar jawapan itu, saya sangat lega dan menadah tangan sebagai tanda bersyukur,” katanya ditemui pada majlis pratonton filem Tiga Janda Melawan Dunia, di GSC Tropicana Gardens Mall di sini, kelmarin.

Filem genre komedi itu menyaksika­n Normah berganding dengan tiga pelakon hebat iaitu Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris dan Raja Azura.

Pada 1 Mei lalu, anak Aripah, Nurpais Ismail memaklumka­n ibunya dipakaikan topeng dan ventilator biasa. Semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan, bermakna jantung ibunya sudah kuat.

Malah, organorgan Aripah juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.

Sebelum ini, Aripah dilaporkan ditidurkan di unit kecemasan HKL sejak 23 April lalu selepas disyaki mempunyai jangkitan kuman dalam paru-paru.

Aripah Damanhuri

Normah Damanhuri

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia