Berita Harian

Filem Asia sarat nilai seni

- Oleh Zaidi Mohamad

Gayatri kongsi kisah di FEFF, akui penggerak industri kreatif Eropah kagum karya rantau ini zaidim@bh.com.my

Apresiasi terhadap filem Asia membuatkan Penerbit Eksekutif Infinitus Films, Gayatri Su-lin Pillai terasa seperti berada di negara sendiri apabila menghadiri Festival Filem Far East (FEFF) Ke-24 Udine, Itali, akhir bulan lalu.

Berkongsi pengalaman, Gayatri yang membawa filem seram terbitan syarikatny­a, Talbis Iblis pada festival berkenaan, tersentuh dengan kesungguha­n dan semangat ditunjukka­n penggerak industri kreatif Eropah terhadap karya seni, termasuk yang dihasilkan pembikin filem Asia.

“Suatu perkara yang menarik mengenai FEFF adalah bagaimana penganjur dan komuniti festival, termasuk peminat filem di Itali menghargai karya seni dan pembikin filem, khususnya karya dari Asia.

“Secara jujur, saya terasa seperti berada di negara sendiri dan tidak rasa canggung. Cuma sedikit gementar dan debaran yang bersarang

Gayatri (dua dari kanan) bersama tiga pelakon utama, Talbis Iblis ketika menghadiri Festival Filem Far East Ke-24 Udine, Itali, April lalu.

dalam hati sebagai manusia biasa.

“Kalau ada yang menonton video yang saya muat naik di Instagram (IG), dapat lihat saya jadi tidak keruan apabila kami diperkenal­kan kepada penonton.

“Bagi saya, FEFF betul-betul memberi sokongan kepada pembikin filem. Malah, membuatkan setiap filem dipamerkan terasa seperti disokong dan diraikan,” katanya yang kembali ke tanah air, Sabtu lalu.

Pada 27 April lalu, Gayatri bersama tiga pelakon utama Talbis Iblis iaitu Nasha Aziz, Zul Ariffin dan Azira Shafinaz dan wakil Jazzy Pictures ‘terbang’ ke Udine, Itali, untuk menyertai FEFF.

Talbis Iblis dipertonto­nkan bersama lebih 40 filem dari Asia pada festival berkenaan yang menghimpun­kan karya terbaik dihasilkan pembikin filem rantau ini.

Gayatri berkata, pembikin filem Asia dan rakyat Itali memberi reaksi positif terhadap filem Talbis Iblis.

“Bayangkan mereka menonton filem ini tanpa memahami dengan jelas bahasa Melayu dituturkan pelakon. Namun, mereka masih cuba memahami dan menyelami isi cerita.

“Walaupun mereka menonton bersandark­an sari kata, itu bukan halangan untuk merasai terjemahan emosi dalam filem ini,” katanya.

Tambah Gayatri, pada FEFF filem arahan Kabir Bhatia itu diraikan sebagai filem genre.

“Daripada maklum balas penonton, mereka menyifatka­n filem ini penuh dengan unsur seram, tetapi sarat dengan sisi budaya Timur.

“Saya harap ini jadi permulaan dan isyarat yang baik untuk Talbis Iblis yang dijangka ditayangka­n akhir tahun ini,” katanya.

Gayatri yang pernah menerbitka­n filem Sangkar turut mengambil kesempatan memperluas­kan jaringan sepanjang menyertai FEFF.

“Baik saya mahu pun pelakon masing-masing memanfaatk­an masa dengan berjumpa dan beramah mesra dengan kelompok seni dari negara lain.

“Ini termasuk pengarah filem Confession, Yoon Joon-seok atau Jabaek dari Korea Selatan. Tidak ketinggala­n penerbit dari negara sama, iaitu Wong Dong-yeon dan penggiat seni kreatif dari Hong Kong, Filipina dan sebagainya.

“Pendek kata festival ini menjadi medium terbaik mendekatka­n diri dengan perancang festival seumpama itu dari negara lain,” katanya.

Gayatri berkata, semua filem yang menyertai FEFF mendapat liputan media tempatan.

Sementara itu, Gayatri berkata, usai acara, mereka mengambil kesempatan menyambut Syawal di London, United Kingdom (UK).

“Selepas sekian lama tidak boleh mengembara kerana situasi pandemik COVID-19, akhirnya dapat juga melihat negara orang.

“Bertambah seronok dapat sambut Aidilfitri serba sederhana, tetapi menyeronok­kan di London.

“Cuaca sejuk tidak menjadi halangan untuk beraya. Dapat panaskan badan dengan menu hari raya di London juga menjadi suatu nikmat tidak terkata,” katanya.

 ?? (Foto ihsan instagram Gayapillai) ??
(Foto ihsan instagram Gayapillai)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia