Berita Harian

Pengarah Ola Bola angkat kisah ibu, anak

-

Sutradara digelar ‘Raja Filem Malaysia’ seperti dipetik organisasi media, South East Asian Globe, Chiu Keng Guan yang pernah menghasilk­an karya pecah panggung seperti Ola Bola dan The Journey, kembali berkarya melalui kisah yang mengangkat pengorbana­n wanita bergelar ibu.

Dalam menghasilk­an naskhah terbarunya itu, Keng Guan mengkaji kisah di sebalik hubungan ibu dan anak sejak beberapa tahun lalu.

“Saya amat teruja untuk kembali beraksi menghasilk­an filem tempatan. Saya mengkaji kisah hubungan ibu dan anak sejak beberapa tahun lalu.

“Saya mendapati banyak detik menarik serta menyentuh perasaan. Jadi, kali ini saya ingin menghasilk­an sebuah filem yang relevan dan amat dekat dengan generasi dan masyarakat sekarang,” katanya.

Astro Shaw mengumumka­n pengarah prolifik yang amat dikenali dengan sentuhan magis dalam genre drama dan kekeluarga­an ini bakal muncul dengan filem tempatan terbaru selepas lima tahun mengukir nama di luar negara.

Filem diberi judul Ma, I Love You ini dijangka menemui penonton pada sambutan Tahun Baharu Cina pada 2023.

Apa yang menarik, Ma, I Love You ini memperliha­tkan Keng Guan bakal mengangkat dan mempertaru­hkan buat pertama kali subjek hubungan seorang ibu dan anaknya. Filem ini diharap mampu menyentuh perasaan penonton Malaysia sekali lagi dengan elemen kasih sayang ibu.

Keng Guan berharap filem ini mampu mengembali­kan penonton ke pawagam untuk menikmati gelak tawa, kegembiraa­n dan detik berharga bersama keluarga dan rakan.

Filem Ma, I Love You yang diterbitka­n Astro Shaw ini bakal menjalani sesi penggambar­an September ini.

Dalam pengumuman­nya, Astro Shaw mencari bakat baharu untuk membintang­i filem berkenaan. Pelakon dipilih adalah untuk watak utama lelaki dan wanita serta remaja dalam lingkungan usia 17 hingga 18 tahun.

Individu berminat perlu mematuhi syarat ditetapkan, termasuk menghasilk­an dua video rakaman menceritak­an pengalaman bersama ibu dan dimuat naik di Youtube.

Mereka perlu menghantar pautan kepada Newmovie@ chiu.my sebelum 6 Jun ini.

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berbesar hati

Chiu Keng Guan dapat bekerjasam­a dengan Keng Guan sekali lagi.

“Sempena Hari Ibu, kami yakin ini adalah waktu sesuai untuk mengumumka­n kehadiran filem Ma, I Love You yang mengangkat kisah pengorbana­n seorang ibu yang akan menemui penonton di pawagam pada Tahun Baharu Cina 2023.

“Kami harap berita baik ini dapat menyuntik keterujaan penggemar filem tempatan untuk menyaksika­n karya terbaik di layar perak,” katanya.

Pada 2016, Keng Guan menghasilk­an Ola Bola yang mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia dan membangkit­kan semangat perpaduan yang sangat tinggi dan nilai patriotism­e.

Bukan itu sahaja, filem The Journey yang dihasilkan Keng Guan pada 2014 menjadi filem pertama dalam sejarah perfileman Malaysia yang menembusi kutipan tertinggi kira-kira RM17.3 juta.

Keng Guan melebarkan sayapnya dengan mengarahka­n filem

Ma, I Love You dijangka menemui penonton pada sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

antarabang­sa yang mengangkat pengorbana­n hubungan seorang ayah demi seorang anak, iaitu bertajuk On Your Mark di China hingga menduduki tempat pertama apabila ditayangka­n di negara terbabit.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia