Berita Harian

‘Masih gila kejar City’

-

Matip menjaringk­an gol penyamaan Liverpool pada minit ke-6 pada aksi EPL menentang Aston Villa di Villa Park, Birmingham kelmarin. Liverpool menang 2-1.

Liga Perdana Inggeris

Liverpool atasi Villa untuk terus hidupkan harapan

Birmingham: Liverpool masih ‘gila mengejar’ Manchester City di persada Liga Perdana Inggeris (EPL), kata Jurgen Klopp selepas pasukannya bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk menewaskan Aston Villa 2-1 di sini, kelmarin.

“Kami masih mengejar seperti orang gila. “Kami hanya tahu kami perlu menang, itu tidak berubah dan kini kami perlu pulih untuk final Piala FA. Tiada belas kasihan.”

Dua pasukan teratas itu kini sama mata tetapi City kekal di atas berdasarka­n perbezaan gol dan masih ada satu perlawanan menentang Wolves awal pagi tadi waktu Malaysia.

Liverpool tidak boleh lagi mencicirka­n mata selepas diikat 1-1 di laman sendiri oleh Tottenham hujung minggu lalu dan mereka bermula dengan buruk apabila Douglas Luiz meledak buat Villa selepas tiga minit permainan.

Namun Joel Matip pantas menyamakan kedudukan dan tandukan Sadio Mane 25 minit sebelum tamat membolehka­n skuad Reds terus mengejar empat trofi musim ini.

Bagaimanap­un kemenangan itu mendatangk­an risiko apabila Fabinho mengalami kecederaan otot yang menyebabka­n dia diragui untuk final Piala FA, Sabtu ini dan final Liga Juarajuara menentang Real Madrid pada 28 Mei.

“Dia rasa sakit di bahagian otot, tidak berapa teruk,” kata Klopp. “Dia agak positif tetapi saya tidak pasti mengenainy­a.”

Dengan tumpuan terhadap aksi di Wembley, Klopp meletakkan Mohamed Salah dan Thiago Alcantara di bangku simpanan manakala tiada tempat buat Andy Robertson.

Pasukan pelawat yang banyak berubah memberikan peluang Villa memerangka­p mereka.

Alisson Becker sebelum itu sudah menafikan percubaan Ollie Watkins sebelum skuad kendalian Steven Gerrard mendahului pada minit ketiga.

AFP

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia