Berita Harian

Semangat Shazwana

-

Dhabitah

Ooi Tze Liang

Ng Yan Yee

Hanoi: Walaupun dihimpit kesan pasca COVID-19 sejak tiga bulan lalu, namun bagi pesilat negara, Siti Shazwana Ajak, tahap kesihatann­ya kini bertambah pulih untuk memburu kilauan pingat di Sukan SEA Vietnam.

Shazwana sebelum ini diketepika­n daripada menyertai kejohanan pemanas badan di Singapura sekali gus terlepas peluang menguji peraturan baharu silat yang lebih ekstrem dan mencabar.

Begitupun, Shazwana berkata, persiapan sudah dibuat dan dia yakin mampu mengulangi pencapaian terbaik ketika meraih pingat emas dalam kelas Putri D (6065kg) di Kuala Lumpur 2017.

“Semuanya beransur pulih dan saya gembira. Ketika pertama kali dijangkiti pada Februari lalu saya mengalami masalah pernafasan dan bimbang kerana mungkin menjejaska­n misi saya ke Hanoi.

“Selepas menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN), saya gembira keadaan saya pulih dengan cukup sempurna manakala, tahap kecergasan saya pada tahap yang amat baik. Jadi saya harap, mampu mengekalka­n sasaran emas seperti di Kuala Lumpur,” katanya yang dijadual bertanding dalam kelas lebih tinggi, 65-70kg,” katanya.

Hanoi: selepas itu untuk menjadikan kontinjen Malaysia yang disertai 584 atlet berada di landasan tepat merealisas­ikan sasaran 36 emas yang diletakkan bagi edisi kali ini.

“Ini adalah satu temasya yang selama tiga hari (sebelum pembukaan rasmi), kita mendahului kedudukan teratas (carta keseluruha­n pingat). Ini memberikan semangat dan peluang kepada atlet lain yang sudah tiba dan baru tiba supaya memastikan setiap hari kita mempunyai pingat emas walaupun satu ataupun dua emas supaya sasaran 36 emas itu tercapai.

“Kita berada di laluan tepat dan ini satu permulaan yang baik. Walaupun persiapan atlet tidak begitu kemas ataupun tidak panjang namun mentaliti mereka itu sendiri tampak bersungguh-sungguh.

“Ia secara tidak langsung memberi keyakinan bahawa atlet yang terpilih itu adalah yang terbaik dan setiap atlet mempunyai semangat begitu tinggi daripada mereka berlepas dari lapangan terbang KLIA sehingga tiba di bumi Hanoi,” kata ketua kontinjen negara, Datuk Nur Azmi Ahmad.

Kontinjen negara dijadual menyertai 37 jenis sukan daripada 40 yang dipertandi­ngkan dengan lubuk utama menuai emas adalah dalam sukan terjun dan olahraga manakala bonus kilauan pingat sama mampu dituai menerusi taekwondo, wushu, petanque, silat dan bina badan.

Pada penyertaan di Filipina tiga tahun lalu, kontinjen negara meraih 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa untuk berada di tangga kelima keseluruha­n manakala tuan rumah muncul juara keseluruha­n, 149 emas, 117 perak dan 121 gangsa.

Vietnam pada ketika itu berada di tangga kedua keseluruha­n dengan 98 emas, 85 perak dan 105 gangsa manakala Thailand di tangga ketiga, 92 emas, 103 perak dan 123 gangsa. Indonesia berada di tangga keempat, 72 emas, 84 perak dan 111 gangsa.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia