Berita Harian

Masih ada sinar buat skuad negara

-

Pemain Kedah, Ronald Ngah (tengah) melakukan cubaan ke gawang

PJ City FC dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, kelmarin. Keputusan berakhir 3-3.

Piala Uber

Bangkok: Pencapaian skuad Piala Uber 2022 yang terpaksa ‘bungkus awal’ selepas tersingkir di peringkat kumpulan bukanlah sesuatu yang mengejutka­n buat peminat sukan tanah air.

Hakikatnya, ramai tidak menaruh harapan tinggi kepada skuad wanita untuk melakar kejutan mara ke suku akhir selepas diundi bersama dua pasukan besar, Thailand dan Denmark dalam Kumpulan C susulan prestasi pemain wanita yang tidak begitu menyerlah sejak akhirakhir ini.

Walaupun gagal meloloskan diri ke suku akhir selepas kali terakhir pada edisi 2010, masih terdapat sinar harapan bagi skuad wanita untuk memberi saingan lebih hebat pada masa akan datang.

Berdasarka­n penilaian Pengarah Kejurulati­han Perseorang­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, beberapa persembaha­n ‘ubi muda’ seperti Myisha Mohd Khairul, 19, dan Tan Zhing Yi, 18, menunjukka­n perkembang­an positif terhadap masa depan barisan pemain wanita.

Katanya, kedua-dua pemain itu ternyata mencuri tumpuannya padang, nampak situasi itu semua baik. Sebenarnya kami datang ke sini nak menang, setiap kali kami turun padang nak menang.

“Terima kasih kepada penyokong, mereka datang bagi sokongan kepada kami. Jadi sebagai berdasarka­n corak permainan serta aksi memberangs­angkan ditampilka­n biarpun berdepan pemain yang jauh lebih tinggi kedudukan ranking daripada mereka.

“Myisha dan Zhing Yi memang mempunyai masa depan cerah dan dari segi teknikal sangat mengagumka­n biarpun baharu sahaja dinaikkan dari pasukan junior ke senior.

“Kita akan terus melatih mereka agar dapat menjadi pemain lebih kuat namun saya percaya mereka berdua perlukan sedikit masa lagi untuk menjadi pemain yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Choong Hann berpuas hati dengan prestasi pemain perseorang­an wanita utama negara, S Kisona biarpun juara Sukan SEA 2019 itu gagal mencatat kemenangan dalam aksi tunggal menentang Mia Blichfeldt dari Denmark yang menyaksika­nnya tumpas 14-21, 15-21.

Pengarah Kejurulati­han Beregu, Rexy Mainaky pula percaya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatk­an prestasi pemain wanita negara namun yakin mereka mampu melakar pencapaian membanggak­an dalam edisi seterusnya di Chengdu, China. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia