Berita Harian

Taqiyuddin, Sazzlan mulakan ngauman

-

Pencak silat

Hanoi: Berjaya menumbangk­an pasangan tuan rumah, Vietnam di separuh akhir kelmarin menjadi azimat kepada Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga untuk meraih pingat emas pertama skuad pencak silat negara di Sukan SEA 2021 dalam acara seni Ganda Putra semalam.

Taqiyuddin dan Sazzlan mampu tampil lebih tenang untuk malakar emas hatrik dengan semangat luar biasa dan bertenaga terutama memperagak­an aksi agresif menggunaka­n senjata parang kembar untuk membolehka­n mereka bergelar juara di Pusat Sukan Bac Tu Liem.

Menurut Taqiyuddin yang dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu, mempelajar­i teknik baharu dalam tempoh empat bulan berjaya memikat hati 10 juri dengan kutipan 9.950 mata.

Kejayaan itu membolehka­n gandingan negara mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019).

“Saya berasa bangga dan teruja kerana berjaya melengkapk­an kemenangan hatrik di temasya Sukan SEA sekali gus dapat menggembir­akan pasukan silat negara.

“Terima kasih kepada jurulatih dan guru saya iaitu Datuk Osman Nok yang berkorban terutama dalam memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan padu hari ini,” katanya.

Pada saingan itu, pingat perak menjadi milik gandingan dari Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque-muhammad Haziq Mohammad

Skuad silat negara termasuk pemenang emas acara seni Ganda Putra, Mohd Taqiyuddin Hamid (tengah) dan Sazzlan Yuga (kanan) meraikan kejayaan meraih pingat Sukan SEA 2021 di Pusat Sukan Bac Tu Liem, Hanoi, Vietnam, semalam.

Zaque dengan himpunan 9.905 mata.

Kelmarin Taqiyuddin dan Sazzlan mengetepik­an pasangan tuan rumah, Tran Duc Danhlee Hong Quan dengan meraih 9.915 mata, manakala lawan mereka hanya memungut 9.910 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pasukan Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, skuad silat negara turut meraih gangsa semalam menerusi Regu Puteri, Siti Nur Khairunnis­a Hail, Fatin Ardani Zamri dan Merrywati Manuil.

Ganda Putri yang membariska­n Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan turut membawa pulang gangsa. Pingat gangsa ketiga diraih dalam acara tunggal putera, Luqman Laji.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia