Berita Harian

Syafiq beri negara emas ketujuh

-

Sukan 45

Muhammad Syafiq Puteh

Terjun

Hanoi: Kem terjun negara terus menggegark­an Pusat Akuatik My Dinh di sini, semalam apabila Muhammad Syafiq Puteh meraih pingat emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu lelaki pada Sukan SEA 2021.

Kejayaan Syafiq itu menghasilk­an kilauan emas ketujuh buat kem terjun negara sekali gus membolehka­n mereka hampir pasti membolot semua pingat emas yang dipertandi­ngkan.

Syafiq, 27, meraih kemenangan dengan kutipan mata 381.35 mata manakala rakan sepasukan Gabriel Gilbert Daim meraih perak, 357.30 mata. Melengkapk­an podium di tempat ketiga adalah penerjun Thailand, Chawanwat Juntaphada­won, 340.35 mata.

Sebelum ini Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara sebelum diikuti gandingan Ooi Tze Liangchew Yi Wei dan Tze Liang sekali lagi selepas itu.

Wendy Ng-ong Ker Ying kemudian meraih emas keempat sebelum Wendy menambah menjadi lima manakala pingat emas keenam dimenangi gandingan Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya.

Skuad terjun Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam acara terjun sejak edisi Myanmar 2013 yang menyaksika­n mereka muncul juara keseluruha­n pada ketika itu dengan lapan emas, tiga perak dan satu gangsa.

Momentum itu dibawa ke Singapura 2015 apabila sekali lagi skuad terjun muncul juara keseluruha­n dengan lapan emas dan tiga perak manakala di Kuala Lumpur 2017, skuad negara mempertaha­nkan gelaran juara keseluruha­n dengan 12 emas, empat perak dan satu gangsa.

Kejayaan itu sekali lagi dapat dipertahan­kan di Filipina 2019 apabila pasukan terjun negara meraih empat emas dan dua perak.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia