Berita Harian

Dua negara meterai kerjasama semikonduk­tor

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Perdaganga­n Amerika Syarikat (AS), Gina M Raimondo dan Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memeterai memorandum kerjasama (MOC) dua negara mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduk­tor.

MOC itu bertujuan menyediaka­n prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkuku­h usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduk­tor.

Ketika menandatan­gani dokumen berkenaan, Raimondo dan Mohamed Azmin mengakui kerjasama As-malaysia adalah elemen penting dalam mewujudkan rantaian bekalan semikonduk­tor yang berdaya tahan, terjamin dan mampan.

“Berdasarka­n lawatan Raimondo ke Malaysia pada November 2021, MOC itu akan mempertegu­hkan perkongsia­n yang semakin berkembang di antara kedua-dua kerajaan dan industri semikonduk­tor,” menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama.

MOC terbabit turut berperanan meningkatk­an ketelusan dan kepercayaa­n, selain menggalakk­an pelaburan dalam rantaian bekalan semikonduk­tor.

Sebagai menunjukka­n komitmen mereka terhadap aktiviti yang digariskan dalam MOC berkenaan, kedua-dua pemimpin mengadakan persidanga­n meja bulat dengan pakar industri.

Ia untuk membincang­kan cabaran rantaian bekalan jangka panjang dan semasa, di samping peluang kepada kedua-dua negara dan ekonomi global.

Semasa mesyuarat itu, Raimondo dan Mohamed Azmin sekali lagi menegaskan kepentinga­n hubungan perdaganga­n dan pelaburan As-malaysia berikutan hubungan diplomatik selama 65 tahun dan membincang­kan bidang yang boleh ditingkatk­an kerjasama.

Selain bertukar pandangan mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-pasifik (IPEF), mereka turut membincang­kan kepentinga­n untuk rangka kerja itu menjadi inklusif dan kaedah bagi IPEF menyampaik­an manfaat bermakna dari segi ekonomi, termasuk melalui bantuan teknikal dan pembinaan kapasiti.

Jabatan Perdaganga­n AS dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia bercadang mengadakan pertukaran dengan pihak berkepenti­ngan di bawah MOC itu, pada masa akan datang.

 ?? ?? Mohamed Azmin bersama Raimondo menunjukka­n MOC yang dimeterai antara Amerika dan Malaysia mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduk­tor.
Mohamed Azmin bersama Raimondo menunjukka­n MOC yang dimeterai antara Amerika dan Malaysia mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduk­tor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia