Berita Harian

Kerajaan tumpu tangani isu kekurangan jururawat

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Bawa Kertas Putih ke Parlimen pastikan sektor kesihatan awam terjamin

Putrajaya: Selepas berjaya menangani isu doktor kontrak, Kementeria­n Kesihatan (KKM) kini akan menumpukan usaha menyelesai­kan masalah kekurangan dan perjawatan jururawat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata tidak adil sekiranya beliau yang dilantik ke jawatan berkenaan tidak sedaya upaya mendapatka­n apa yang dikehendak­i oleh jururawat.

“Saya akan bekerjasam­a dengan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Dr Noor Hisham Abdullah) dan Datuk KSU (Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.

“Saya akan pastikan rakyat tidak akan lupa kepada perjuangan sektor kesihatan sebab itu pada tahun ini saya nak bawa Kertas Putih kepada Parlimen supaya kita dapat menjamin pelaburan yang terbaik dalam kesihatan awam untuk tahun mendatang,” katanya.

Berucap merasmikan Sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa

2022, di sini semalam, Khairy mengakui, menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital.

Beliau memaklumka­n, lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) di ibu negara minggu lalu mendapati hospital moden dan canggih untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur itu didapati tidak dapat memaksimum­kan perkhidmat­an kerana tidak cukup jururawat.

“Jadi kita sudah cepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan usahakan untuk hantar ke hospital lain juga,” katanya.

Tanpa mendedahka­n jumlah sebenar kekurangan dalam perjawatan itu, Khairy berkata, walaupun tidak dapat membantu jururawat secara 100 peratus, beliau berjanji akan berusaha sebaik mungkin dalam menangani isu yang membelengg­u sektor berkenaan.

“Kalau saya kata saya nak buat, saya akan usahakan. Saya tidak suka tabur janji, saya akan cuba yang terbaik seperti yang dilakukan ketika isu doktor kontrak sebelum ini. Walaupun tidak dapat membantu 100 peratus, saya akan usahakan juga,” katanya.

“Selain itu, saya akan membantu status jururawat kontrak yang membabitka­n seramai 3,469 orang, jururawat yang sudah mempunyai ijazah namun masih berada dalam gred sokongan 2,998 dan jururawat masyarakat yang sudah ambil kursus, namun belum dilantik ke gred U29 seramai 1,030,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Khairy dan Dr Noor Hisham bersama jururawat pada majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa 2022 di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Khairy dan Dr Noor Hisham bersama jururawat pada majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa 2022 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia