Berita Harian

Kes buli turut babit doktor pakar

-

Putrajaya: Lima nama yang didakwa sebagai pembuli doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut membabitka­n doktor pakar, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, semua doktor yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan masih bekerja seperti biasa dan tidak digantung tugas.

“Kita tidak boleh pindah keluar atau gantung tugas doktor berkenaan, ada nama dihantar itu turut babit peringkat pakar. Bukan senang kita nak pindah keluar doktor pakar. Jadi buat masa ini semua masih bertugas seperti biasa dan siasatan masih berjalan,” katanya selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia, semalam.

Khairy juga memaklumka­n, senarai ahli pasukan petugas bebas bagi menyiasat kes buli kalangan doktor pelatih akan diumumkan hari ini bersama terma serta rujukan dan beliau tidak akan mempengeru­sikan jawatankua­sa berkenaan.

Mengenai tempoh siasatan, beliau berkata, prosiding itu biasanya akan selesai dalam beberapa minggu kerana ia membabitka­n pertuduhan berat, iaitu budaya kerja tidak profesiona­l atau buli.

“Ia akan babitkan sesi temu bual pengadu dan pakar yang dituduh, jadi lebih baik beri sedikit masa untuk pasukan bertugas dan unit integriti yang biasanya kita laksanakan tindakan tatatertib. Kita akan tengok pada kedua-dua hasil siasatan ini dulu sebelum sebarang tindakan dapat diambil,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankua­sa Agroteknol­ogi dan Keselamata­n Makanan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin, berkata beliau sudah menyerahka­n nama lima doktor di HPP yang didakwa pembuli kepada Kementeria­n Kesihana (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, lima doktor itu bagaimanap­un tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP kerana kes terbabit masih dalam siasatan.

Pada 17 April lalu, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut, dipercayai terjatuh dari unit kediamanny­a di bangunan berhampira­n di Jalan Datuk Keramat, Georgetown.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Dr Maarof Sudin mengesahka­n mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lalu di HPP.

Berikutan itu, pada 6 Mei lalu, Khairy mengumumka­n KKM akan menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat kematian doktor pelatih berkenaan.

 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia