Berita Harian

‘Kelas pagi ini sangat sayu’

-

Nahas pelajar USAS di KM245.2 Lebuhraya PLUS

Orang ramai luah simpati melalui perkongsia­n di laman sosial

Kuala Lumpur: “Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawankawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora”.

Itu antara hantaran yang tular dan dikongsi ramai di media sosial, termasuk Facebook susulan nahas mengorbank­an lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, di Kilometer (KM) 246, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara di Ipoh, tengah malam kelmarin.

“Mak ayah Allahyarha­m masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan. Alfatihah,” demikian menurut perkongsia­n berkenaan.

Mangsa yang rentung dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.

“Al-fatihah. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat,” menurut catatan itu lagi.

Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbira­n Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).

Semua pelajar itu difahamkan sedang keluar kawasan atau ‘outing’ ke Ipoh menaiki kereta yang dipercayai disewa memandangk­an tiada kelas pembelajar­an, kelmarin.

Sementara itu, dalam kalangan rakan, Iqbal Hasnun dikenali sebagai seorang yang berjiwa kepemimpin­an tinggi.

Seorang rakan Allahyarha­m, Ainur A'fifah Zakaria, 21, berkata Iqbal Hasnun yang memegang jawatan Kor Siswa-siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) peringkat USAS, sangat gigih dalam segala hal.

“Arwah Iqbal belajar satu

Keadaan kenderaan membabitka­n nahas lima pelajar USAS di KM245.2 Lebuhraya PLUS, tengah malam kelmarin.

subjek dengan kami, dia pengerusi dalam Kor Sispa, saya pula naib timbalan, jadi sayalah yang membantu dia.

“Dia orangnya baik dan apabila hendak membuat sesuatu perancanga­n memang dia yang paling gigih dan giat berusaha, memang semua benda dia yang sediakan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Ainur A'fifah berkata, kali terakhir dia berkomunik­asi bersama Iqbal, Sabtu lalu dan Allahyarha­m tidak menunjukka­n sebarang perubahan ketara.

“Ketika itu kami bersembang macam biasa, saya mesej dengannya kerana dia baru balik dari Johor menaiki bas.

“Tiada apa perubahan .... baru-baru ini dia pun ada mengucapka­n Selamat Hari Raya,” katanya.

Seorang lagi rakan mangsa, Muhammad Alif Haiqal Jamal Amidy, 22, pada awalnya dia seakan-akan tidak percaya selepas mendapat maklumat berkenaan kemalangan itu menerusi kumpulan Whatsapp rakan pengajian, kira-kira jam 1.49 pagi, semalam.

“Saya cuba menghubung­i arwah Iqbal dan Nasrun untuk pastikan betul atau tidak, tetapi mereka memang tidak dapat dihubungi.

“Kemudian, saya dapat pengesahan melalui seorang lagi rakan yang berada di lokasi bahawa memang mereka kemalangan,” katanya yang juga ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar.

Katanya, dia memang mengenali Iqbal dan Muhammad Nasrun Aidol yang aktif dalam Kor Sispa.

“Kali terakhir berjumpa arwah Iqbal ketika bulan puasa. Dia ada rancang untuk buat program bersama rakan-rakan, tetapi tidak kesampaian,” katanya.

 ?? (Foto ihsan bomba) ??
(Foto ihsan bomba)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia