Berita Harian

Tiada keperluan tambat ringgit kepada dolar AS

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Pakar ekonomi dakwa senario berbeza ketika Krisis Kewangan Asia 1997-1998

Kuala Lumpur: Tiada keperluan mendesak untuk melaksanak­an tambatan ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) buat masa ini seperti yang dilaksanak­an ketika Krisis Kewangan Asia 1997-1998 lalu kerana senario ekonomi semasa adalah berbeza, kata ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Afzanizam Abdul Rashid, berkata ketika Krisis Kewangan Asia 1997-98, sistem perbankan serta tahap kewangan syarikat di negara ini kebanyakan­nya adalah lemah.

Namun begitu, beliau menjelaska­n, ketika ini keadaan adalah berbeza kerana bank dan syarikat kewangan negara mempunyai modal yang cukup, kecairan yang tinggi serta kedudukan hutang tidak berbayar yang rendah.

“Akses terhadap pembiayaan pun adalah baik ketika ini. Jadi suasana kemeruapan mata wang asing tidak menjejaska­n aktiviti ekonomi untuk terus berjalan lancar.

“Pendek kata, suatu dasar yang ingin dilaksanak­an itu, perlu sesuai dengan keadaannya dan yang penting apa yang mahu kita capai. Yang penting ketika ini adalah pengurusan ekonomi perlu sentiasa dimantapka­n.

“Setiap sumber yang dibelanjak­an perlu menghasilk­an kesan positif kepada ekonomi negara. Kecekapan pengurusan ekonomi akan menarik perhatian pelabur untuk datang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Afzanizam menambah, kesan pergerakan mata wang sebenarnya mempunyai dua sisi iaitu dari segi import, ia akan menaikkan kos mengimport.

Namun dari sudut eksport pula, katanya, ia bakal menjadikan eksport negara lebih berdaya saing terutama dari segi harga kerana pembeli luar negara mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

“Begitu juga dengan pelancong asing. Nilai ringgit terkini sudah pasti akan menjadi daya tarikan kepada mereka kerana mereka boleh berbelanja dengan lebih di negara kita. Sudah pasti akan ada kesan rantaian yang positif kepada ekonomi domestik,” katanya.

Komen beliau itu merujuk kepada idea yang dilontarka­n oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangk­an kerajaan mempertimb­angkan pelaksanaa­n tambatan mata wang yang diamalkan ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dalam menangani ketidakten­tuan ketara nilai ringgit dalam pasaran pertukaran asing.

Dr Mahathir dalam ciapan di Twitter berkata, ketidakten­tuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19 menjadikan perkara itu wajar dipertimba­ngkan untuk mencegah ketidaksta­bilan nilai ringgit.

Mengakui kontrovers­i mengenai pelaksanaa­n kadar pertukaran tetap yang diperkenal­kan pentadbira­nnya selepas krisis kewangan, beliau menegaskan ia menghalang ringgit daripada terus menjadi sasaran spekulator mata wang ketika itu.

“Apabila kita menetapkan nilai ringgit pada 3.80 berbanding dolar (ketika Krisis Kewangan 1997) dan kita menjamin bekalan mata wang pada nilai itu, ringgit tidak lagi turun naik.

“Semua orang sedar bahawa bank dibenar beri pinjam duit yang tidak ada pada mereka. Syaratnya apabila hutang dibayar, jumlah wang itu dijadikan sebahagian dari aset bank. Dan berhaklah bank beri pinjam duit yang menjadi aset hari ini. Benar atau tidak pakar boleh godam saya.

“Demikian juga dengan peniaga mata wang. Mereka boleh beri pinjam atau jual duit yang tidak ada pada mereka. Pinjaman atau penjualan ini menjadi sah apabila duit ini disampaika­n kepada peminjam atau pembeli kemudian,” katanya.

Dr Mahathir berkata, penjualan ringgit oleh mereka menyebabka­n pasar kewangan dipenuhi dengan mata wang berkenaan.

Beliau menjelaska­n, mengikut teori permintaan dan penawaran, apabila penawaran bercambah, permintaan akan berkuranga­n dan apabila tidak ada permintaan untuk ringgit, nilainya akan jatuh.

“Apabila nilai ringgit jatuh permintaan akan meningkat. Peniaga mata wang akan beli ringgit yang sudah jatuh nilai dan akan ‘deliver’ kepada pembeli yang telah beli ringgit pada nilai yang tinggi sebelum jatuh nilainya.

“Maka beruntungl­ah peniaga kerana menjual ringgit pada masa nilainya tinggi dan membekal kemudian dengan ringgit yang dibeli ketika nilainya rendah.

“Malangnya, apabila nilai ringgit jatuh, pihak yang pinjam atau peniaga akan rugi. Mereka perlu bayar dengan lebih banyak ringgit yang sudah jatuh nilai,” katanya.

Memberi contoh, Dr Mahathir menambah, mereka yang meminjam RM1,000 ketika nilainya

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam tinggi, apabila nilai jatuh 50 peratus, mereka mesti bayar hutang atau harga belian asal dengan RM2,000.

“Maka, rugilah peminjam atau peniaga, sementara peniaga mata wang untung RM1,000 kerana pada waktu pinjam RM1,000 cukup untuk kos, tetapi pada waktu nilai ringgit jatuh 50 peratus, lebih banyak ringgit diperlukan.

“Inilah yang berlaku pada 1997-1998 ketika nilai ringgit jatuh kerana peniaga mata wang menjual banyak ringgit yang bukan pun dimiliki mereka. Harapan mereka ialah apabila nilai ringgit jatuh, mereka boleh beli ringgit murah ini untuk dibekal kepada pembeli asal.

“Apabila kita tetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu dolar AS, dan kita jamin bekalan dolar kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk AS$1. maka nilai ringgit tidak lagi akan turun naik,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia