Berita Harian

‘Syor supaya PAS dibubar tidak akan jadi kenyataan’

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Timbalan Presiden tegaskan wadah perjuangan Islam sudah lama jadi dasar parti

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatka­n cadangan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kelmarin supaya PAS dibubarkan, tidak akan menjadi kenyataan.

Sebaliknya, Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, UMNO yang ditegaskan Ahmad sudah membawa wadah perjuangan Islam susulan pindaan perlembaga­an parti itu pada 2019 sepatutnya dibubarkan, memandangk­an dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS.

“Jika benar ada cadangan seperti itu (bubarkan PAS), eloklah UMNO yang dibubarkan kerana dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS.

“Jika asas itu (dasar Islam sudah lama diperjuang­kan) yang UMNO cadangkan, ia (bubar PAS) tentunya tidak akan menjadi kenyataan,” katanya mengulas cadangan dibangkitk­an Ahmad ketika Wacana Aspirasi UMNO - ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ itu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menegaskan apa yang penting kini ialah memperkuku­hkan kerjasama politik antara satu sama lain dan menghormat­i hak parti politik untuk bergerak dan terbabit dalam sistem demokrasi berparlime­n Malaysia.

Dalam pada itu, PAS akan terus berusaha mengembali­kan Muafakat Nasional (MN) serta tidak akan sesekali menjalin sebarang kerjasama politik dengan parti pembangkan­g khususnya Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin

Timbalan Presiden PAS

Aman Razali, berkata perkara itu disampaika­n Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu pertemuan di Alor Setar, Kedah kelmarin.

Mohd Khairuddin berkata, beliau pada masa sama memberikan pandangan bahawa hubungan antara dua presiden parti utama umat Melayu Islam ini adalah kunci utama, kerana khemah besar sebenar politik Malaysia adalah kelompok UMNO dan PAS, yang mana ia turut dipersetuj­ui Takiyuddin.

“Saya memaklumka­n kepadanya bahawa saya akan sentiasa menyokong usaha memperkasa­kan kembali MN untuk meneruskan usaha murni penyatuan bersejarah ahli dua parti besar ini.

“Ini kerana menyatukan umat Islam adalah tanggungja­wab bersama semua pimpinan Islam. Ia tidak terhad kepada agihan kerusi pilihan raya semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Perhubunga­n PAS Selangor, Roslan Shahir, berkata pihaknya terpanggil untuk merealisas­ikan usaha penyatuan ummah ini dan ternyata di Selangor usaha ini disambut baik dan didukung UMNO negeri.

Katanya, sebagai sebuah negeri dikuasai PH dan didominasi DAP, semua pihak bersetuju tiada jalan lain untuk menumbangk­an kerajaan terbabit melainkan penyatuan ummah bagi mengelakka­n pertanding­an tiga penjuru, sebagaiman­a pernah dibuktikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Terbukti politik penyatuan ummah ini cukup digeruni PH di Selangor, lantas pelbagai usaha dilancarka­n untuk menggagalk­annya.

“PAS Selangor yakin dan percaya rakyat negeri ini sudah bersedia membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti dan mengharapk­an usaha bersepadu dan kesatuan politik sebagaiman­a terbentuk di Semenyih dapat diulangi di semua 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN di Selangor,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia