Berita Harian

Parti sedia buka ‘pintu’ rundingan

-

Kota Bharu: Pendirian PAS dalam soal penyatuan ummah tidak terhad kepada UMNO semata-mata, tetapi membabitka­n mana-mana parti sekali pun dengan syarat serius untuk membela agenda itu.

Naib Presidenny­a, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAS bersifat terbuka dan sedia untuk membuka ‘pintu’ rundingan parti, termasuk bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) sekiranya memenuhi matlamat penyatuan ummah itu.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri sudah menyebut bahawa penyatuan ummah ini bukan hanya antara PAS dan UMNO, tetapi juga dengan mana-mana parti dan kumpulan yang serius membela ummah.

“Kita terbuka dan saya pernah membuat kenyataan dengan Parti Amanah Negara pun kita boleh bincang dengan syarat tinggalkan Pakatan Harapan (PH), tinggalkan DAP.

“Itu sikap kita, makna we are

Naib Preside PAS

open (kita terbuka) .... khemah kita sekarang lebih besar daripada khemah PH lagi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka PAS Kelantan sempena Aidilfitri di Dataran Warisan Stadium

di sini, semalam yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengenai isu yang timbul dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO, beliau berkata, ia sebenarnya berpunca daripada politik peribadi sesetengah pemimpin dalam UMNO sendiri dan PAS tidak pernah mengeluark­an kenyataan sudah putus dengan MN.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya kini menunggu perkembang­an semasa, pada masa sama, mengharapk­an UMNO berfikir semula untuk kepentinga­n ummah serta negara pada masa akan datang.

Beliau juga meminta pemimpin UMNO menyelesai­kan dahulu kecelaruan yang didakwa berlaku dalam parti terbabit.

“Kita tak pernah buat keputusan untuk berpisah dan yang putuskan hubungan dalam MN adalah UMNO. Sekarang masalah dalam UMNO, bukan masalah kita.

“PAS tak pernah buat kenyataan MN sudah putus dan yang buat kenyataan adalah UMNO Kelantan, yang isytihar daripada awal nak lawan PAS adalah UMNO Terengganu.

“Kita tengok kecelaruan dalam MN kerana adanya kepentinga­n politik peribadi dalam kalangan sesetengah pemimpin UMNO, jadi mereka kena selesaikan dan minta fikir semula. Kita tak pernah tutup pintu,” katanya.

Mengulas Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti yang akan dibentangk­an pada sesi Parlimen Julai ini, Mohd Amar berkata, pihaknya menyerahka­nnya kepada keputusan Kabinet.

“Pada dasarnya, kita sudah setuju dengan akta ini cuma dari segi teknikal sahaja yang sedang diperhalus­i oleh Kabinet. Jadi sekarang kita serah kepada Kabinet yang akan buat keputusan.

“Kita kena tengok kandungan akta itu nanti apabila dibentangk­an oleh kerajaan dan kita sebagai sebahagian daripada kerajaan, Insya-allah akan sokong,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia