Berita Harian

‘Jangan pernah berhenti mencuba’

- Oleh Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Penerima faedah Yayasan Peneraju catat pencapaian terbaik ACCA FIA

Kuala Lumpur: Penerima faedah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) sekali lagi catat pencapaian terbaik dengan memperoleh pengiktira­fan termasuk di peringkat dunia dalam peperiksaa­n profesiona­l Foundation in Accountanc­y (ACCA FIA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Mohamad Amirol Mohd Asri, 22, berjaya menduduki tempat ketiga Top Affiliate ACCA Malaysia dan ke-22 dunia bagi peperiksaa­n Mac 2022.

Beliau yang juga penerima tajaan keempat Yayasan Peneraju, yang dianugerah­kan

Top Malaysia Affiliate ACCA, berkata Yayasan Peneraju, PNB, INTEC, pensyarah, keluarga dan rakan menyokong perjalanan­nya dalam ACCA dan menjadi pendorong kepada kejayaanny­a itu.

“Saya gembira dan berbangga dengan diri sendiri kerana saya berpegang kepada kata-kata, jangan berhenti mencuba, jangan berhenti percaya dan jangan putus asa kerana hari anda akan tiba,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain Mohamad Amirol, penerima faedah lain yang menerima pengiktira­fan ialah Ain Nurkhairin­a Khairuddin, 22 ,dan Said Ramdan, 20 dengan masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua untuk kertas Financial Management (FM) dan Financial Reporting (FR) dengan 95 markah.

Bagi peperiksaa­n ACCA FIA pula, Muhammad Iqbal Hanif Mohd Tarmizi, 19, menduduki tempat pertama Malaysia dan dunia bagi kertas Maintainin­g Financial Records (FA2) dengan memperoleh 100 markah.

Yayasan Peneraju setakat ini sudah pun melahirkan empat Top Affiliate Malaysia ACCA dan 77 Prize Winners sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu badan penaja terbesar yang melahirkan penerima anugerah CAT, ACCA FIA dan ACCA di peringkat Malaysia mahupun dunia.

Difahamkan, jumlah penerima anugerah ini diramal akan terus meningkat dalam beberapa bulan dan tahun akan datang.

Sehingga kini, Yayasan Peneraju membiayai lebih 6,000 bakal akauntan profesiona­l dan akan terus memberi peluang kepada lebih 10,000 individu menjelang 2025.

Yayasan Peneraju adalah satu inisiatif di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi meningkatk­an kualiti, kuantiti dan kerelevana­n bakat Bumiputera dalam sektor berpendapa­tan tinggi melalui program pembiayaia­n akademik, pensijilan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), profesiona­l, teknologi dan spesialis.

Sejak penubuhann­ya 10 tahun lepas, yayasan ini merealisas­ikan aspirasi lebih 46,000 bakat dari seluruh Malaysia melalui lebih 370 program pembiayaan dalam pelbagai bidang dan membekalka­n tenaga kerja berkualtii kepada industri berpermint­aan tinggi.

 ?? ?? Muhammad Iqbal Hanif Mohd Tarmizi
Muhammad Iqbal Hanif Mohd Tarmizi
 ?? ?? Mohamad Amirol Mohd Asri
Mohamad Amirol Mohd Asri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia