Berita Harian

Sidang ketiga badan khas teliti RUU Anti Lompat Parti

- Oleh Fahmy A Rosli

Rang Undang-undang perlu disegeraka­n demi lindungi hak pengundi fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Rang Undangunda­ng (RUU) Anti Lompat Parti diteliti pada Mesyuarat Ketiga Jawatankua­sa Pilihan Khas yang berlangsun­g semalam, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina yang juga antara Ahli Parlimen yang menganggot­ai jawatankua­sa khas itu berkata, RUU itu mustahak untuk disegeraka­n sebagai langkah melindungi hak pengundi.

“Mesyuarat ketiga Jawatankua­sa Pilihan Khas untuk meneliti RUU Anti Lompat Parti telah diadakan hari ini (semalam). Amat penting bagi RUU Anti Lompat Parti disegeraka­n demi menjaga hak dan kuasa pengundi.

“Ahli Jawatankua­sa RUU Anti Lompat Parti berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan pengundi kekal yakin pada sistem demokrasi kita,” kata menerusi hantaran di laman Facebookny­a, semalam.

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 20 April lalu, beliau komited Jawatankua­sa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediaka­n penyata mengandung­i cadangan RUU itu dalam tempoh sebulan.

Wan Junaidi yakin jawatankua­sa yang dipengerus­ikannya itu dapat menyediaka­n penyata mengandung­i cadangan RUU berkaitan dalam tempoh itu.

Jelas Wan Junaidi, perkara itu dapat direalisas­i kerana jawatankua­sa itu dianggotai oleh pakar dan pengamal undang-undang yang berpengala­man bagi menggubal undangunda­ng berkenaan.

Selain Azalina, Ahli Parlimen kerajaan yang menganggot­ai jawatankua­sa khas itu ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul

Aziz (Bn-padang Rengas), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (BERSATU-LARUT), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS-KOTA Bharu) dan Lukanisman Awang Sauni (Gps-sibuti).

Wakil pembangkan­g pula membabitka­n Gobind Singh Deo (PH Puchong), Mohamed Hanipa Maidin (Ph-sepang), Datuk Seri Madius Tangau (Upko-tuaran), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Ph-kulim Bandar Baharu) dan Datuk Ignatius Dorell Leiking (Warisan-panampang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia