Berita Harian

PMKS dibenar tangguh gaji minimum sehingga akhir tahun

-

Alor Setar: Perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) diberi kelonggara­n untuk menangguhk­an pelaksanaa­n gaji minimum pekerja RM1,500 sehingga 31 Disember.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata kelonggara­n itu bagi membolehka­n persediaan dibuat selepas perniagaan masing-masing terkesan dengan COVID-19.

“Kerajaan beri ruang selepas kita terima banyak permintaan daripada PMKS untuk tangguhkan pelaksanaa­n gaji minimum dan kelonggara­n diberi diberi sehingga 31 Disember depan.

“Kita ada baki kira-kira tujuh bulan lagi untuk majikan, dan tempoh ini boleh digunakan mereka untuk melaksanak­an gaji minimum RM1,500 seperti yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), di sini semalam.

Pada 27 April lalu, kerajaan mewartakan pelaksanaa­n gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei lalu ke atas majikan yang menggajika­n lima pekerja atau lebih serta majikan yang menjalanka­n aktiviti profesiona­l yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classifica­tion of Occupation­s, MASCO) 2020.

Manakala, bagi majikan yang menggajika­n kurang lima pekerja, kuat kuasa gaji minimum RM1,500 adalah bermula 1 Januari 2023.

Terdahulu, Awang turut menyampaik­an bayaran faedah PERKESO Kedah berjumlah keseluruha­n RM26,100 kepada 13 orang berinsuran­s, manakala keseluruha­n PERKESO Kedah membuat bayaran faedah berjumlah RM29 juta tahun lalu, berbanding lebih RM41 juta pada 2020.

“Selain itu, PERKESO turut membuat bayaran untuk kes COVID-19 kepada orang berinsuran­s yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja sejak Januari hingga April 2022 yang berjumlah lebih RM7 juta dengan 4,633 kes,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia