Berita Harian

Kajian semula elaun pelajar MARA disegera

-

Bangi: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) memberi jaminan kajian semula kadar elaun membabitka­n 3,896 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi akan disegeraka­n.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kajian terbabit sudah dimulakan beberapa minggu lalu dan laporannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa terdekat.

“Kita sudah mulakan kajian beberapa minggu lalu selepas pelajar terbabit memaklumka­n permasalah­an mereka.

“Setakat ini, kami masih menunggu maklumat lengkap pecahan perbelanja­an mereka, jumlah tajaan, yuran pengajian, kos sewa rumah, perbelanja­an bulanan dan kalau kos naik berapa kos untuk makan dan minum.

“Tajaan dan kadar elaun yang diterima pelajar juga berbeza berdasarka­n lokasi dan jurusan pengajian mereka, jadi itu juga dalam pertimbang­an kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga KPLB dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Institut Kemajuan Desa (INFRA), di sini, semalam.

Berdasarka­n statistik MARA, paling ramai mendapat tajaan

Mahdzir memberi duit raya pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga KPLB dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, semalam.

membabitka­n1,422 pelajar di United Kingdom diikuti Jordan (297), Jerman (291), India (234) dan Australia (234).

Hujung bulan lalu, media melaporkan Badan Perhubunga­n Negara United Kingdom & Eire (BPN UKE) menggesa penstruktu­ran semula elaun sara hidup pelajar tajaan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan MARA dilaksanak­an segera.

BPN UKE dalam kenyataan memaklumka­n, kos sara hidup di UK dan Ireland sedang melambung tinggi dan kesannya dirasai seluruh masyarakat terutama pelajar tajaan JPA-MARA yang elaun mereka tidak berubah sejak 2012.

Media juga melaporkan, MARA meneruskan program penghantar­an pelajar tajaannya ke luar negara membabitka­n 1,500 orang dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian pada tahun ini.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ??
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia