Berita Harian

‘Seronok bergelar jururawat lelaki’

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Hari Jururawat Antarabang­sa

Hasbullah puas mampu curah bakti uruskan pesakit

Johor Bahru: “Saya seronok bergelar jururawat, dapat berkhidmat dalam bidang ini memberi satu kepuasan,” kata jururawat sebuah hospital swasta, Hasbullah Abdul Kadir, 52.

Katanya, ketika memilih profesion itu pada 1994, masyarakat masih pelik dengan gelaran jururawat lelaki.

“Alhamdulil­lah masyarakat kini lebih terbuka. Sama sahaja peranan jururawat lelaki dan wanita. Kemahiran juga sama boleh mengendali­kan pesakit.

“Kami harap masyarakat lebih bertimbang rasa kerana jururawat juga manusia yang ada keluarga dan perlu masa bersama keluarga,” katanya yang berpengala­man 26 tahun sebagai jururawat.

Hasbullah yang juga Ketua Unit Bahagian Jantung dan Perfusioni­st turut berkongsi pengalaman dijangkiti COVID-19.

“Saya dijangkiti dua kali, kali pertama 30 Disember 2020 dan saya dirawat 14 hari di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Biarpun tidak ditidurkan, saya memerlukan bantuan pernafasan, hampir setiap hari ada sahaja kawan sebelah katil yang ditidurkan dan ada yang meninggal dunia, perasaan ketika itu memang tidak stabil,” katanya.

Menurutnya, kali kedua dijangkiti akhir tahun lalu, namun hanya kuarantin di rumah kerana sudah menerima vaksin dan hanya mengalami gejala ringan.

“Biasa kita berkhidmat untuk pesakit, tetapi bila dijangkiti kita pula jadi pesakit. Masa itu baru kita rasa semua tidak kena, emosi tidak stabil dan sedih.

“Nasib baik, keluarga dan rakan banyak membantu dan beri sokongan moral,” katanya yang memiliki lima cahaya mata.

 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Hasbullah bertugas sebagai Ketua Unit Bahagian Jantung dan Perfusioni­st Jururawat sentiasa memastikan peralatan perubatan dalam keadaan sempurna untuk digunakan di Hospital KPJ Abdul Samad, Johor Bahru.
(Foto Omar Ahmad/bh) Hasbullah bertugas sebagai Ketua Unit Bahagian Jantung dan Perfusioni­st Jururawat sentiasa memastikan peralatan perubatan dalam keadaan sempurna untuk digunakan di Hospital KPJ Abdul Samad, Johor Bahru.
 ?? (Foto Aziah Azmee/bh) ?? Penolong Pengarah Kanan Kejururawa­tan, Jastariza Jisu melihat koleksi topi jururawat mengikut gred sempena Sambutan Hari Jururawat dan Pelancaran Evolusi Pakaian Seragam Jururawat 2022 di Muzium Negara, semalam.
(Foto Aziah Azmee/bh) Penolong Pengarah Kanan Kejururawa­tan, Jastariza Jisu melihat koleksi topi jururawat mengikut gred sempena Sambutan Hari Jururawat dan Pelancaran Evolusi Pakaian Seragam Jururawat 2022 di Muzium Negara, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu Norwati Jalil (kiri) bersama rakan jururawat pada sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa, semalam.
(Foto BERNAMA) Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu Norwati Jalil (kiri) bersama rakan jururawat pada sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia