Berita Harian

‘UKSB hantar surat terus kepada Ahmad Zahid percepat proses’

-

Lanjut kontrak sistem Visa Luar Negara

Syarikat hantar tujuh dokumen antara 2016, 2017 minta sokongan

Shah Alam: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sudah menghantar surat berkaitan pelanjutan kontrak secara terus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya proses dapat disegeraka­n.

Pengarah UKSB, Datuk Fadzil Ahmad, berkata jika surat berkenaan diserahkan kepada pegawai bawahan, pihaknya khuatir proses lanjutan kontrak itu akan mengambil masa yang lama.

“Proses lanjutan kontrak perlu dibentangk­an pada peringkat kementeria­n, tetapi keputusan dibuat oleh menteri (Ahmad Zahid), sebab itu kami di UKSB bertindak hantar surat pada menteri.

“Kita buat secara top down jadi proses akan dilaksanak­an dengan segera,” katanya ketika menjawab soalan tambahan semasa pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Zander Lim Wai Keong.

Ketika ditanya Lim, mengapa UKSB perlu menghantar surat kepada Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Fadzil berkata: “Kelulusan melanjutka­n kontrak adalah di bawah bidang kuasa menteri (Menteri Dalam Negeri)”.

Kelmarin ketika membacakan penyataan saksinya, saksi pendakwaan ke-14 itu memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya ada menghantar tujuh surat kepada Ahmad Zahid antara 2016 dan 2017 berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN) bagi mendapatka­n sokongan, permohonan pertimbang­an serta kelulusan.

Fadzil turut memberitah­u mahkamah semalam bahawa Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang juga pengarah UKSB adalah individu yang bertanggun­gjawab menyerahka­n surat syarikat itu kepada Ahmad Zahid.

“Antara skop tugasan Wan Quoris Shah adalah menguruska­n surat yang UKSB tujukan kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, iaitu Ahmad Zahid.

“Saya sediakan (surat-surat), kemudian saya akan serahkan kepada Wan Quoris Shah untuk diberi kepada pejabat Menteri Dalam Negeri, tetapi tidak pasti dia serahkan secara terus atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-10 Datuk Shahril Ismail, iaitu bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Hal Ehwal Imigresen, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memberitah­u mahkamah bahawa Wan Quoris Shah ada bertemu dengan Ahmad Zahid di kediaman presiden UMNO itu di Seri Satria, Putrajaya sebelum membuat keputusan menyambung kontrak VLN syarikat berkenaan.

Fadzil berkata, pihaknya menghantar surat bertarikh 14 Jun 2017 kepada Ahmad Zahid bagi mengubah permohonan lanjutan kontrak daripada enam tahun kepada tiga tahun bagi mengelak untuk melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

“Pertukaran permohonan lanjutan dibuat (dari enam kepada tiga tahun) selepas menyedari tempoh selama enam tahun perlu mendapat kelulusan daripada UKAS yang akan mengambil masa lama. Jadi, kita buat keputusan untuk pendekkan tempoh lanjutan supaya tidak tertakluk kepada keperluan mendapatka­n kelulusan UKAS,” jelasnya.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutka­n kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmat­an OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalka­n kontrak perjanjian untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa mendapatka­n untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 17 Mei. BERNAMA

Ahmad Zahid Hamidi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia