Berita Harian

Tikam abang berebut kereta ibu untuk beraya

-

Melaka: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas pertuduhan mencederak­an abang kandungnya menggunaka­n pisau pemotong ayam pada pagi Aidilfitri lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi pada 2 Mei lalu itu dikatakan berpunca daripada perebutan kereta untuk tujuan beraya antara Nabil Sarip, 30 dan abangnya, Muhamad farok, 38.

Nabil bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap Muhamad Farok dengan menggunaka­n pisau pemotong ayam di sebuah rumah di Jalan TMJ 19 di Taman Tanjung Minyak Jaya di Melaka Tengah dalam kejadian terbabit.

Pertuduhan yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashanga­ri mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwa membantah jaminan atas faktor keselamata­n mangsa, namun mencadangk­an ikat jamin tinggi sekiranya mahkamah menggunaka­n budi bicara untuk membenarka­nnya.

Peguam Amritpal Singh merayu jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu di pusat boling serta menanggung ibu dan bapa yang uzur, sambil menyatakan ibu tertuduh memaklumka­n mangsa akan menarik balik laporan kes itu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu atau berkomunik­asi dengan mangsa dalam apa jua cara.

Beliau menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes.

 ?? (Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/bh) ?? Nabil dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.
(Foto Meor Riduwan Meor Ahmad/bh) Nabil dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia