Berita Harian

Lelaki mohon LZS hentikan bantuan zakat bulanan

- Oleh Norzamira Che Noh

Asnaf sejak tahun lalu kini mampu sara keluarga bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Seorang tukang perbaiki barangan elektronik yang juga asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghantar surat kepada agensi berkenaan supaya dikeluarka­n daripada senarai penerima zakat selepas memperoleh pendapatan yang dapat menampung keluargany­a.

Tindakan lelaki berusia 42 tahun itu mendapat pujian berikutan sikapnya yang rendah diri serta jujur.

LZS menerusi perkongsia­n di Facebook rasmi memaklumka­n menerusi surat bertarikh 25 Februari lalu itu, lelaki berkenaan membuat permohonan dihentikan bayaran zakat ke atasnya kerana pendapatan harian yang diterimany­a kini mampu menampung keluarga.

Menurut agensi berkenaan, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai tukang baiki barangan elektronik berpendapa­tan kirakira RM1,300 sebulan dan menanggung tiga anak dan seorang isteri yang tidak bekerja.

“Bagaimanap­un, atas faktor kesihatan yang mana dia perlu menjalani pembedahan esofagus serta dinasihatk­an oleh doktor untuk berehat daripada bekerja, dia terpaksa memohon bantuan daripada LZS,” katanya.

LZS berkata, lelaki berkenaan menerima zakat bermula tahun lalu dan kebiasaann­ya agensi berkenaan akan membuat semakan semula setiap tahun untuk setiap asnaf bagi melihat kelayakan, sama ada perlu membuat penambahan bantuan terhadap mereka sekeluarga atau tidak.

Bagaimanap­un, LZS terkejut apabila dimaklumka­n (menerima surat) oleh lelaki berkenaan yang memaklumka­n mahu keluar daripada mendapat bantuan zakat kerana sudah stabil dan memaklumka­n ada yang lebih layak menerima bantuan itu.

“Alhamdulil­lah, hasil zakat yang dikeluarka­n oleh pengeluar (zakat), kita dapat membantu keluargany­a sepanjang dia tidak bekerja dulu. Masya-allah, melihat dari perwatakan­nya sangat rendah diri dan jujur orangnya kerana tahu akan haknya ketika bergelar seorang asnaf dahulu.

Surat permohonan seorang lelaki memohon ditamatkan bantuan bulanan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Semoga Allah permudahka­n dan suburkan rezeki beliau sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang ditunjukka­n. Moga menjadi teladan buat kita semua,” jelas LZS.

Dalam pada itu, LZS memaklumka­n bahawa kes berkenaan (menghantar surat memohon dihentikan bantuan zakat) amat jarang berlaku dan kebanyakan asnaf yang dikeluarka­n daripada senarai penerima zakat selepas semakan semula dilakukan.

Katanya, kisah lelaki berkenaan dikongsika­n untuk menjadi pemangkin semangat kepada asnaf lain.

 ?? (Foto Twitter LZS) ??
(Foto Twitter LZS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia