Berita Harian

287 rumah rosak akibat ribut

-

Kuala Selangor: Sebanyak 287 rumah rosak akibat kejadian ribut dan angin kencang di beberapa kawasan di Tanjong Karang, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 2 hingga 4 pagi itu, antara kawasan terjejas adalah Batu 7, Sawah Sempadan, Tali Air 1-3, Sungai Sireh, Jalan Bernam, Sungai Burong dan Bagan Tengkorak.

Turut terkesan adalah Batu 9, Parit 2, Parit 3, Parit 4, Kunci Air Buang, Kampung Haji Razali dan Sungai Kajang.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya menjangka lebih ramai mangsa akan tampil membuat laporan polis susulan bencana itu.

Selain itu, katanya, beberapa kawasan sawah di sekitar Parlimen itu turut terjejas.

“Kita dalam proses mencari mangsa untuk mengenal pasti kerosakan dan kerugian yang dialami.

“Selepas itu, bantuan akan disalurkan sebaik sahaja memperoleh jumlah keseluruha­n serta nilai kerugian dialami mangsa,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an sumbangan bantuan Kerajaan Persekutua­n kepada mangsa banjir Disember lalu di Dewan Datuk Penggawa

Permatang, di sini.

Pada majlis itu, seramai 5,993 ketua isi rumah (KIR) menerima bantuan barangan keperluan asas berjumlah RM2,500.

Noh yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berkata, sebanyak RM20.97 juta diperuntuk­kan Kerajaan Persekutua­n kepada mangsa banjir di daerah Kuala Selangor.

“Sekiranya mangsa tidak hadir, Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menghubung­i untuk dapatkan akaun bank bagi proses memasukkan wang ke dalam akaun,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Amirul Aiman Hamsuddin/bh) ?? Noh menyampaik­an sumbangan bantuan Kerajaan Persekutua­n kepada mangsa banjir Disember lalu di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Tanjong Karang, semalam.
(Foto Amirul Aiman Hamsuddin/bh) Noh menyampaik­an sumbangan bantuan Kerajaan Persekutua­n kepada mangsa banjir Disember lalu di Dewan Datuk Penggawa Permatang, Tanjong Karang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia