Berita Harian

25 ATV, motocross dihanyutka­n banjir

- Oleh Roselanab Malek bhnews@bh.com.my

Usahawan rugi hampir RM200,000 termasuk bengkel selenggara rosak

Bentong: Usahawan kerugian hampir RM200,000 selepas 25 buah All Terrain Vehicle (ATV) dan motocross dihanyutka­n air, dalam banjir di Janda Baik.

Pengusaha ATV, Mohd Zaimi Mustaffa, 43, berkata, pada kejadian banjir Disember tahun lalu, berbelas-belas ATV dihanyutka­n air di Kampung Pulau Santap, Janda Baik.

“Kami baru nak beroperasi selepas bulan puasa dan cuti Hari Raya, tapi semua ATV, motocross dan bengkel selenggara rosak.

“Kami belum dapat menampung kerugian akibat banjir Disember 2021, berlaku lagi banjir,” katanya.

Mohd Zaimi berkata, ketika kejadian kelmarin, beliau bergegas ke tempat simpanan kenderaan pada jam 5.00 pagi selepas dimaklumka­n air Sungai Santap naik dan melimpah ke bengkelnya.

Katanya, hujan yang turun dengan lebat mula pada jam 4 pagi dan berhenti kira kira dua jam kemudian, menyebabka­n beliau tidak sempat menyelamat­kan semua peralatan.

“Saya hanya sempat menyelamat 10 buah ATV dan 25 buah lagi dihanyutka­n air yang sangat deras sedalam hampir satu meter,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Nik Soh Nik Leh, 55, berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabka­n air terus melimpah dari Sungai Santap kira-kira 50 meter dari rumahnya.

“Kami sekeluarga terkejut kerana tidak menjangka kejadian berulang.

“Air naik kira-kira satu meter pada awal subuh dan saya cuba mengalihka­n perabot tapi gagal kerana air naik mendadak. Kami bertahan saja menunggu air surut pada jam 8 pagi,” katanya.

Pengusaha chalet, Mohd Rozaha

Mohd Noor, 51, berkata sudah banyak kali banjir berlaku di kampung itu, tetapi yang sangat besar pada Disember tahun lalu, Mac lalu dan kelmarin.

“Dulu sungai ini cantik, air jernih dan agak dalam tetapi sejak pembanguna­n di bahagian atas bukit, hujan lebat, membawa hakisan tanah lumpur, kayu, pasir dan batu-batan menyebabka­n sungai semakin cetek dan tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak.

“Air sungai mudah melimpah dan masuk ke dalam rumah, termasuk chalet dan rumah inap desa penduduk di sini yang mengakibat­kan kerugian,” katanya.

Mohd Rozaha berkata, kerugian itu termasuk kos membersih kawasan dipenuhi lumpur, kayu hanyut, pasir dan batu.

Kami terpaksa menyewa traktor untuk mengalihka­n semua tinggalan banjir dan mengupah pekerja untuk membersih chalet serta membaiki perabot,” katanya.

 ?? (Foto Roselan Ab Malek/bh) ?? Mohd Zaimi melihat ATV miliknya yang rosak akibat banjir di kawasan Kampung Pulau Santap, Janda Baik, semalam.
(Foto Roselan Ab Malek/bh) Mohd Zaimi melihat ATV miliknya yang rosak akibat banjir di kawasan Kampung Pulau Santap, Janda Baik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia