Berita Harian

Kekurangan pekerja jejas usaha penuhi permintaan minyak sawit

- Oleh Alzahrin Alias

Malaysia perlu segera manfaat tindakan Indonesia sekat eksport komoditi zahrin@bh.com.my

Kekurangan tenaga buruh tempatan dan asing dalam sektor perladanga­n sawit menyukarka­n negara untuk menampung lompong permintaan global yang ditinggalk­an oleh Indonesia yang ketika ini menyekat eksport komoditi berkenaan.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata Malaysia berdepan masalah pengeluara­n minyak sawit berikutan isu kekurangan tenaga buruh.

Beliau berkata, sektor perladanga­n sawit berdepan dengan masalah kebergantu­ngan yang tinggi kepada pekerja asing disebabkan kurang penyertaan pekerja tempatan.

“Pelbagai program dan latihan disediakan, namun sambutan daripada tenaga kerja tempatan tidak begitu menggalakk­an.

“MPOB melihat pelaksanaa­n gaji minimum lebih tinggi mungkin menjadi salah satu tindakan positif dalam usaha menarik minat tenaga buruh tempatan menyertai sektor ini.

“Bagi pihak ladang, mereka perlu meningkatk­an produktivi­ti melalui penggunaan mekanisasi dan penggunaan input pertanian secara berkesan bagi menampung kenaikan gaji minimum,” katanya kepada BH.

Langkah yang diambil Indonesia

menyekat eksport minyak sawit baru-baru ini melonjakka­n permintaan eksport ke atas minyak sawit Malaysia berikutan kedudukan negara ini sebagai pengeluar dan pengekspor­t minyak sawit kedua terbesar dunia.

Namun, situasi semasa menyaksika­n Malaysia mungkin tidak mampu menampung sepenuhnya permintaan eksport itu.

MPOB melaksanak­an pelbagai usaha menarik minat tenaga kerja tempatan seperti menyediaka­n pusat latihan, penganjura­n karnival kerjaya di sektor agrikomodi­ti, selain jerayawara mengenai peluang dan prospek kerjaya di sektor perladanga­n kepada belia seluruh negara.

Kementeria­n Sumber Manusia sebelum ini menyatakan kekurangan tenaga buruh akibat impak COVID-19 mengakibat­kan sektor perladanga­n kerugian sehingga RM20 bilion tahun lalu.

Antara sektor paling terkesan ialah perladanga­n kelapa sawit yang bergantung kepada tenaga buruh asing.

Ahmad Parveez berkata, sektor perladanga­n sawit negara turut berdepan isu buruh paksa dan kanak-kanak.

Beliau berkata, sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas kemasukan produk minyak sawit daripada dua syarikat perladanga­n Malaysia pada penghujung 2020 menjejaska­n imej sektor ini.

Katanya, bagi menangani isu itu, kerajaan mendeposit­kan ratifikasi Protokol 29 pada Mac 2022 sebagai pelengkap kepada Konvensyen 29 mengenai buruh paksa yang telah diratifika­si Malaysia pada 1957.

“Dengan ratifikasi ini, kerajaan menyusun langkah proaktif dari segi perundanga­n, polisi dan program untuk menangani isu buruh paksa,” katanya.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia