Berita Harian

Bekalan terhad lonjak harga minyak dunia

-

Harga minyak kembali melonjak, sekali gus dapat memulihkan beberapa kerugian besar yang dialami industri awal minggu ini, lapor Xinhua.

Penghantar­an Jun bagi West Texas Intermedia­te (WTI) naik AS$5.95 atau enam peratus kepada AS$105.71 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantar­an Julai meningkat AS$5.05 atau 4.9 peratus untuk ditutup pada AS$107.51 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Peningkata­n itu berikutan kerugian dua hari berturuttu­rut di pasaran minyak yang menyaksika­n standard minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan Brent masing-masing susut kira-kira sembilan peratus pada dua sesi sebelumnya.

Kebimbanga­n terhadap bekalan yang terhad berterusan ketika Kesatuan Eropah (EU) berusaha mendapatka­n sokongan bagi mengenakan sekatan terhadap Russia.

Dalam pakej sekatan keenamnya yang disasarkan terhadap Moscow, EU merancang untuk menghapusk­an minyak mentah Russia secara berperingk­at dalam tempoh enam bulan dan produk ditapis menjelang akhir tahun.

Hungary dan negara Eropah Timur lain yang ekonominya bergantung pada minyak Russia, belum bersedia untuk menerima pakej sekatan dalam bentuk semasa.

Peniaga juga menghuraik­an data mengenai stok bahan api AS.

Pentadbira­n Maklumat Tenaga

(EIA) AS pada Rabu melaporkan bahawa inventori minyak mentah negara meningkat 8.5 juta tong pada minggu yang berakhir pada 6 Mei.

Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor berkuranga­n 3.6 juta tong minggu lalu, manakala inventori bahan api sulingan menurun 0.9 juta tong.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia