Berita Harian

Bank naikkan kadar faedah

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Maybank mula penyelaras­an hari ini, RHB semak naik mulai 18 Mei zaky@bh.com.my

Bank-bank di Malaysia mula menyemak semula Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (Blr)/kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing susulan pengumuman di luar jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Maybank akan melaras naik

BR dan BLR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa hari ini.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, BR akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun, manakala BLR akan dilaras daripada 5.40 peratus setahun kepada 5.65 peratus setahun.

Begitu juga, katanya Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas masingmasi­ng daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun dan daripada 5.40 peratus setahun kepada 5.65 peratus setahun.

“Sehubungan dengan penyelaras­an itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022,” katanya.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 9

Julai 2020 apabila ia dikurangka­n daripada 2.00 peratus setahun kepada 1.75 peratus setahun berikutan penurunan OPR dengan kuantum yang sama.

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd pula akan menaikkan BR dan deposit tetap/ kadar pendapatan pulangan tetap sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei ini.

“Begitu juga, semua kemudahan pembiayaan mengikut BLR dan BFR akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

“Semua perubahan kadar ini akan berkuat kuasa pada 18 Mei 2022,” katanya.

Sementara itu, RHB Banking Group juga akan menyemak naik BR dan BLR/BFR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei 2022.

RHB dalam kenyataann­ya berkata, RHB Bank Bhd, RHB

Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaikkan BR daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan akan turut menyemak BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

“Sejajar dengan semakan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan disemak naik berkuat kuasa tarikh sama,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Affin Bank bersama Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank akan menyemak semula kadar rujukan pinjaman serta pembiayaan sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa hari ini.

“Sejajar semakan semula ini, kadar deposit tetap Affin Bank dan kadar deposit terma Affin Islamic akan diselarask­an menaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia