Berita Harian

PROTON perkenal Saga 2022 baharu

-

Pengeluar kereta nasional, PROTON semalam melancarka­n Proton Saga 2022 baharu, versi terkini model klasik jenama itu dalam satu acara eksklusif media.

Disediakan dalam empat varian iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT, Proton Saga 2022 menggunaka­n enjin 1.3 liter empat silinder 16-injap DOHC VVT yang terbukti dengan kuasa maksima 95 PS pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm pada 4,000 rpm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau transmisi automatik empat kelajuan.

Harga atas jalan tanpa insurans bermula RM34,400 hingga

RM44,300 di Semenanjun­g dan RM36,400 hingga RM46,300 di Sabah dan Sarawak.

Harga yang ditawarkan itu sah sehingga 30 Jun ini dengan pengecuali­an cukai jualan.

Ia turut menawarkan ciri yang dinaik taraf dari segi dalaman dan luaran serta penjimatan bahan api yang dipertingk­atkan dengan bantuan ciri seperti penunjuk ECO Drive Assist.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton Saga menjadi kenderaan pilihan ramai rakyat Malaysia dan pembeli di luar negara selama hampir empat dekad dan syarikat berbangga untuk meneruskan legasi

Harga atas jalan tanpa insurans bermula RM34,400 hingga RM44,300 di Semenanjun­g dan RM36,400 hingga RM46,300 di Sabah dan Sarawak.

itu dengan Proton Saga 2022.

“Dengan adanya kemas kini terbaru ini, ia memperluas­kan lagi warisan model terlaris PROTON untuk pemandu dari semua peringkat umur dan latar belakang.

“Dengan lebih daripada 1.9 juta unit dijual di lebih 28 pasaran seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk tahun-tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Proton Saga 2022 kini dibuka untuk tempahan atas talian dan di bilik pameran PROTON yang sah.

Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia