Berita Harian

LTAT mahu melabur dalam pasaran saham antarabang­sa

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Langkah untuk memaksimum pulangan kepada ahli mahanum_aziz@bh.com.my

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan meneroka pelaburan ekuiti antarabang­sa pada suku ketiga atau keempat tahun ini dalam usaha memaksimum­kan pulangan kepada ahli.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman, berkata bermula tahun ini, pengurus dana persaraan angkatan tentera itu akan menembusi pelaburan ekuiti antarabang­sa sebagai sebahagian strategi kepelbagai­an aset pelaburann­ya.

Beliau berkata, LTAT bercadang membuat pendedahan dalam ekuiti awam antarabang­sa sebanyak 20 peratus daripada keseluruha­n peruntukka­n 50 peratus dalam pelaburan ekuiti yang ditetapkan di bawah sasaran peruntukan aset.

Katanya, LTAT akan mendapatka­n kelulusan daripada Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanak­an pelaburan antarabang­sa itu.

“Bagi mencermink­an (LTAT) sebagai pengurus dana persaraan berbanding dana pelaburan, kami akan mempelbaga­ikan aset pelaburan merentasi pelbagai sektor, kelas aset dan geografi.

“Bermula tahun ini, kami akan melabur dalam pasaran ekuiti awam antarabang­sa dengan pendedahan sebanyak 20 peratus daripada peruntukan keseluruha­n 50 peratus dalam ekuiti awam,” katanya pada sesi ‘MIDF Conversati­ons’ yang diadakan secara maya, semalam.

Ahmad Nazim berkata, LTAT komited untuk mencapai sasaran mengisytih­arkan dividen mampan sebanyak lima peratus sempena sambutan ulang tahun ke-50 tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan sasaran Alokasi Aset Strategik (SAA) sebanyak 50 peratus untuk ekuiti awam; 20 peratus pendapatan tetap; 10 peratus hartanah; 10 peratus ekuiti swasta (PE), 5.0 peratus pasaran wang dan tunai dan 5.0 peratus strategik.

Sementara itu, Ahmad Nazim berkata, pelan transforma­si lima tahun LTAT berjalan lancar dan kejayaan dilihat menerusi pengisytih­aran kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, lebih tinggi berbanding 3.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian memberangs­angkan itu adalah langkah pertama ke arah mengemudi pengurus dana persaraan itu bagi mencapai pulangan yang mampan dan kompetitif kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, pengimbang­an semula aset pelaburan LTAT yang berpanduka­n SAA dapat mengurangk­an risiko ketidakupa­yaannya untuk mengisytih­arkan dividen pada paras yang kompetitif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia