Berita Harian

Pelabur terus kekal berhati-hati

Indeks sesi pagi menokok 1.12 mata kepada 1,557.05

-

Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur ketika mengakhiri sesi pagi semalam berikutan pelabur terus berhati-hati terhadap turun naik yang meningkat dalam prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.12 mata kepada 1,557.05 daripada 1,555.93 pada Rabu.

Indeks barometer, yang dibuka tinggi 1.01 mata kepada 1,556.94, bergerak antara 1,552.23 dan 1,559.71 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara lebih menyeluruh, bagaimanap­un, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 275, manakala 355 kaunter tidak berubah, 1,039 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.81 bilion unit bernilai RM1.01 bilion.

Dalam nota penyelidik­an, Malacca Securities Sdn Bhd, berkata pelabur perlu bersedia untuk menghadapi situasi tidak menentu dalam pasaran global berikutan Wall Street merosot semalaman dengan jangkaan kadar kenaikan kadar faedah yang lebih cepat dan potensi untuk mengetatka­n lagi dasar monetari.

“Bagaimanap­un, sektor yang mencatatka­n pemulihan dan berkaitan komoditi dijangka lebih baik menjelang musim pelaporan suku tahunan. Selain itu, saham tenaga dijangka mendapat tarikan berikutan harga minyak mentah yang tinggi,” katanya.

Mengenai saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.14, Public Bank

Kaunter rugi atasi kaunter untung dalam sesi dagangan pagi di Bursa Malaysia, semalam.

naik satu sen kepada RM4.66, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM9.98 dan IHH Healthcare menokok empat sen kepada RM6.46.

Daripada saham aktif, Serba Dinamik naik tiga sen kepada sembilan sen, MNC menambah satu sen kepada 3.5 sen, Techna-x meningkat setengah sen kepada 12 sen, Widad kekal tidak berubah pada 36 sen manakala CSH Alliance merosot setengah sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 23.22 mata kepada 11,089.12, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 19.75 mata kepada 10,766.18, Indeks FBM Emas Shariah susut 34.80 mata kepada 11,480.32, FBM ACE jatuh 32.82 mata kepada 5,326.32 dan FBM 70 merosot 136.69 mata kepada 13,117.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan naik 22.90 mata kepada 16,789.02, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an merosot 0.88 mata kepada 196.50 dan Indeks Perladanga­n meningkat 19.65 mata kepada 8,253.67. BERNAMA

 ?? ??
 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia