Berita Harian

Sedania tawarkan penyelesai­an penuh untuk bank digital

-

Sedania Innovator Bhd (Sedania) bersedia untuk mempercepa­tkan penggunaan perbankan digital dengan menawarkan penyelesai­an sepenuhnya kepada penerima lesen perbankan digital Malaysia yang diumumkan baru-baru ini.

Ia akan dilaksanak­an menerusi anak syarikat teknologi kewangan (fintech), Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) dan rakan usaha sama teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif SASC, Khairul Nisa Ismail, berkata antara syarikat terpilih di bawah

Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam

2013 ialah konsortium membabitka­n AEON Credit Service

(M) Bhd, yang pada masa ini menggunaka­n Penyelesai­an Dagangan Tawarruq Bersepadu SASC untuk Institusi Kewangan Islam.

Beliau berkata, satu lagi pelanggan Sedania adalah sebahagian daripada konsortium yang turut meraih satu daripada tiga lesen konvension­al di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013.

“Menerusi usaha sama dengan SASC, pelanggan ini menawarkan produk pembiayaan patuh Syariah kepada pengguna platformny­a. Kami gembira apabila pelanggan sedia ada memperoleh lesen perbankan digital yang dinanti-nantikan, sama ada konvension­al mahupun Islamik.

“Kami bersedia menyokong pelanggan dengan melancarka­n penyelesai­an yang sedia digunakan dalam tempoh masa singkat. Selain itu, kami berhasrat untuk meneroka peluang menjalinka­n usaha sama dengan tiga lagi pemegang lesen perbankan digital.

“SASC memiliki keupayaan teknologi dan pengalaman untuk melengkapk­an usaha membangun dan mengukuhka­n infrastruk­tur perbankan digital mereka. Sehingga kini, kami membantu lebih 80 klien menerusi Platform Komoditi Digital berasaskan API yang dipatenkan oleh kami, membolehka­n keupayaan pemprosesa­n secara terus bagi produk runcit pengguna Islam,” katanya dalam kenyataan.

Pada 29 April lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n lima pemohon berjaya mendapatka­n lesen bank digital yang diluluskan Menteri Kewangan Malaysia.

 ?? ?? Khairul Nisa Ismail
Khairul Nisa Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia