Berita Harian

Presiden Sri Lanka ikrar sekat kuasa sendiri

-

Pemimpin tertinggi enggan letak jawatan susulan krisis ekonomi

Colombo: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, berikrar untuk melepaskan sebahagian besar kuasa eksekutifn­ya, namun tidak akan tunduk kepada tuntutan terhadap peletakan jawatannya berikutan krisis ekonomi negara itu.

Dalam ucapan pertama kepada negara sejak bermulanya protes selama sebulan yang menggesany­a meletak jawatan, pemimpin berusia 72 tahun itu berkata, beliau akan mengumumka­n kerajaan perpaduan dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Saya akan menamakan seorang Perdana Menteri yang akan mempunyai majoriti di Parlimen dan keyakinan rakyat,” kata Gotabaya dalam ucapannya di televisyen kelmarin.

Beliau tidak menamakan pengganti abangnya, Mahinda Rajapaksa, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin lalu, bagi membuka jalan pembentuka­n Kabinet baharu.

“Saya akan berusaha untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada Parlimen dan mengaktifk­an elemen utama pindaan ke-19 kepada perlembaga­an,” katanya merujuk kepada reformasi demokrasi yang ditarik beliau sejurus selepas pilihan raya 2019.

Ikrar Gotabaya untuk mengembali­kan semula pindaan itu akan melucutkan kuasanya untuk mengawal pelantikan kanan dalam perkhidmat­an awam, polis, pejabat pilihan raya dan badan kehakiman.

Sementara itu, kerajaan memindahka­n Mahinda Rajapaksa ke pangkalan tentera laut bagi tujuan keselamata­nnya selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, dua hari lalu.

Setiausaha Pertahanan, Kamal Gunaratne, berkata ia berikutan keganasan yang menyasarka­n keluarga Rajapaksa yang didakwa menyumbang kepada krisis ekonomi terburuk di negara itu.

Rakyat Sri Lanka menyalahka­n dinasti Rajapaksa atas kemerosota­n ekonomi di negara Lautan Hindi itu, yang mengurangk­an rizab kepada hanya kira-kira AS$50 juta (RM219.42 juta), menghalang sebahagian besar import dan menyebabka­n kekurangan besar-besaran barangan utama makanan, bahan api serta ubat, sekali gus mencetuska­n bantahan.

“Bekas Perdana Menteri sudah dipindahka­n ke pangkalan tentera laut Trincomale­e atas sebab

Gotabaya Rajapaksa keselamata­n.

“Beliau akan kekal di sana untuk beberapa hari akan datang dan apabila keadaan kembali normal, beliau boleh dipindahka­n ke lokasi pilihannya,” kata Gunaratne pada sidang akhbar.

Tindakan itu diambil selepas penunjuk perasaan pada minggu ini membakar sebuah muzium di lokasi tapak nenek moyang keluarga berkenaan di selatan, yang didedikasi­kan untuk bapa mereka, menyebabka­nnya runtuh dengan pameran dipecahkan dan dirompak.

Polis dan tentera membuat rondaan di jalan di Weeraketiy­a, bandar yang menempatka­n Rajapaksa, dengan kedai dan perniagaan ditutup susulan perintah berkurung yang dikuatkuas­akan sehingga pagi esok.

Anggota tentera dikerah untuk menjaga keamanan dan diperintah menembak sesiapa saja yang merosakkan harta benda awam atau mengancam nyawa, selain kenderaan berperisai meronda di jalan ibu kota komersial, Colombo. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Sebahagian pemuda bermain kriket di tengah jalan ketika kedai ditutup semasa perintah berkurung di Colombo.
(Foto AFP) Sebahagian pemuda bermain kriket di tengah jalan ketika kedai ditutup semasa perintah berkurung di Colombo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia