Berita Harian

China tetap komited teruskan dasar sifar jangkitan COVID-19

-

Penularan COVID-19

Kajian dapati pembatalan boleh akibat 1.6 juta kematian

Shanghai: Pembatalan dasar sifar COVID-19 di China akan menyaksika­n 'tsunami' dalam kadar jangkitan dan boleh mengakibat­kan hampir 1.6 juta kematian, demikian menurut satu kajian yang memetik sebahagian daripada kadar vaksinasi warga emas yang rendah di republik itu.

Kerajaan China tetap komited terhadap dasar sifar COVID-19 dengan melakukan ujian besarbesar­an intensif sumber dan pengawasan kes, menguatkua­sakan sekatan, kuarantin ketat serta pengasinga­n.

Presiden Xi Jinping, minggu lalu mengesahka­n komitmen berkenaan walaupun berdepan cabaran akibat varian Omicron yang mengatasi dasar sifar COVID-19 negara lain.

Kajian oleh Universiti Fudan, Shanghai, yang diterbitka­n dalam jurnal Nature, menyatakan keputusan pihak berkuasa China untuk menarik balik langkah itu boleh mengakibat­kan lebih 112 juta kes bergejala COVID-19, lima juta dimasukkan ke hospital dan 1.55 juta kematian.

“Kami dapati tahap imuniti susulan kempen vaksinasi pada Mac lalu tidak akan mencukupi bagi mencegah gelombang Omicron, yang akan mengakibat­kan penjagaan kritikal melebihi kapasiti dengan unjuran permintaan puncak bagi unit rawatan rapi sebanyak 15.6 kali ganda, berbanding kapasiti sedia ada,” kata kajian itu.

Bagaimanap­un, kajian terbabit turut menyatakan dengan akses kepada vaksin dan antivirus serta ‘mengekalka­n pelaksanaa­n campur tangan bukan farmaseuti­kal’, pihak berkuasa boleh menghalang sistem kesihatan daripada terbeban.

Ia mencadangk­an faktor itu diberikan lebih tumpuan dalam dasar pada masa depan.

Walaupun mesej kerajaan adalah dasar sifar COVID-19 akan mengatasi varian yang sangat mudah menular, pegawai kesihatan berkata, mereka tidak boleh membukanya ketika ini kerana liputan vaksin tidak mencukupi serta sumber kesihatan juga tidak begitu menyeluruh di seluruh negara.

Pakar kesihatan bersetuju, namun penganalis­is China juga bimbang pihak berkuasa mempertaha­nkan tindakan mereka tanpa jalan keluar politik untuk dasar itu dan tanpa mengakui kegagalann­ya.

Bilangan kes menurun di China, namun masih menular di beberapa wilayah.

Pada Rabu lalu, pihak berkuasa melaporkan 1,905 kes, termasuk 302 kes bergejala. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ?? Penduduk beratur bagi menjalani ujian saringan COVID-19 ketika perintah berkurung di Shanghai berterusan lebih dua bulan.
(Foto REUTERS) Penduduk beratur bagi menjalani ujian saringan COVID-19 ketika perintah berkurung di Shanghai berterusan lebih dua bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia