Berita Harian

Amerika Syarikat hampiri 1 juta kematian

-

New York: Amerika Syarikat (AS) semakin hampir melepasi angka sejuta kematian akibat COVID-19.

Dalam beberapa minggu kebelakang­an ini, AS menyaksika­n peningkata­n dalam bilangan kes virus harian, sebahagian besarnya disebabkan oleh subvarian Omicron baharu dan kenaikan itu berlaku ketika pemansuhan mandat pelitup muka.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di AS kini adalah kirakira 997,000, jauh mengatasi ramalan ketika negara itu merekodkan kematian coronaviru­s pertamanya, di Pantai Barat, pada awal Februari 2020 yang mana Rumah Putih meramalkan sehingga 240,000 kematian di seluruh negara.

“Ia tidak dapat dibayangka­n,” kata Diana Berrent, antara individu pertama di New York dijangkiti virus itu berhubung jumlah korban yang jauh melebihi ramalan terburuk ahli epidemiolo­gi yang dibuat ketika krisis wabak pada musim bunga 2020.

Bandar berkenaan menjadi pusat virus dengan hospital dan bilik mayat melimpah serta jalan kosong berbunyi dengan siren ambulans.

Dua tahun selepas itu, kehidupan di bandar raya Big Apple sebahagian besarnya kembali normal apabila penduduk cuba untuk meletakkan trauma kolektif virus yang membunuh 40,000 penduduk New York di ‘belakang’ mereka.

“Tidak syak lagi anda berasakan tenaga orang ramai yang berada di jalanan. Ia sudah lama datang,” kata Presiden Kumpulan Peningkata­n Perniagaan di Midtown dan Manhattan, Alfred Cerullo kepada AFP.

Pemulihan New York dibantu oleh bilangan pemberian vaksin yang tinggi, iaitu kira-kira 80 peratus orang dewasa menerima suntikan vaksinasi sepenuhnya.

Pemilik restoran Carmine berhampira­n Times Square, Jeffrey Bank, berkata jualan di kedai makan Itali lebih baik berbanding pada 2019 kerana penduduk dan pelancong menggantik­an masa yang hilang.

“Orang ramai duduk di rumah selama dua tahun. Mereka mahu meraikan dan mereka berhak,” katanya kepada AFP.

Bagaimanap­un, masih terdapat banyak kedai kekal kosong dan hanya 38 peratus pekerja pejabat Manhattan berada di pejabat pada purata hari bekerja, menurut Kastle Systems, firma keselamata­n yang menjejaki penghuni bangunan.

Lembaga pelanconga­n Big Apple juga tidak menjangkak­an jumlah pelawat akan kembali kepada 67 juta orang pada 2019 untuk beberapa tahun, manakala pemilik perniagaan juga takut gelombang jangkitan lain akan berlaku.

“Jelas sekali kami bimbang,” kata Frank Tedesco yang tidak pasti bagaimana dia boleh mengekalka­n perniagaan barangan kemas jika satu lagi penutupan berlaku akibat sekatan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia