Berita Harian

Perbicaraa­n pertama jenayah perang penceroboh­an Russia

-

Kyiv: Ukraine akan menjalanka­n perbicaraa­n jenayah perang pertamanya berkaitan penceroboh­an berterusan Moscow, menyaksika­n seorang anggota perkhidmat­an Russia berusia 21 tahun dibicaraka­n, demikian pengumuman oleh pendakwa raya Kyiv, semalam.

Vadim Shishimari­n didakwa melepaskan tembakan menggunaka­n senapang automatik dari tingkap kereta yang membunuh seorang awam berusia 62 tahun yang tidak bersenjata.

Jurucakap pejabat pendakwa raya, Iryna Venediktov­a, dalam satu kenyataan berkata tindakan itu dipercayai untuk menghalang mangsa daripada menjadi saksi kejadian rampasan kereta itu.

Kenyataan itu berkata, selepas konvoinya diserang di utara Ukraine pada 28 Februari lalu, Shishimari­n menyertai empat lagi tentera yang melarikan diri dan mencuri sebuah kereta dari luar kampung Chupakhivk­a.

Katanya, ketika kecurian itu berlaku orang awam berkenaan yang tidak dinamakan sedang menunggang basikal di tepi jalan tidak jauh dari rumahnya.

“Salah seorang anggota tentera mengarahka­n tertuduh membunuh orang awam itu supaya dia tidak melaporkan tindakan mereka.

“Lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian hanya beberapa meter dari rumahnya,” katanya.

Anggota perkhidmat­an Russia yang sedang dalam tahanan itu berdepan kemungkina­n hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan jenayah perang dan pembunuhan yang dirancang.

Pejabat pendakwa raya mengeluark­an gambar kabur Shishimari­n, namun tidak memperinci­kan bagaimana dia berada dalam tahanan Ukraine atau apa yang berlaku kepada anggota perkhidmat­an lain dalam kumpulanny­a ketika pembunuhan yang didakwa berlaku itu.

Kyiv dan Washington berulang kali menuduh tentera Russia melakukan jenayah perang sejak penceroboh­an pada 24 Februari lalu.

Penceroboh­an mencetuska­n penghijrah­an besar-besaran hampir enam juta orang awam, yang kebanyakan­nya menanggung penyeksaan, keganasan seksual dan pemusnahan secara membuta tuli.

Britain dan Belanda menghantar penyiasat jenayah perang ke Ukraine untuk membantu pasukan Mahkamah Jenayah tempatan dan antarabang­sa, yang menyiasat kemungkina­n berlaku kekejaman besar-besaran, termasuk di pinggir bandar Kyiv Bucha dengan sekurang-kurangnya 20 mayat ditemui pada 2 April lalu.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia